Sejarah Sambutan Hari Ibu @ Mothers day




Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biar pun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Sumber : http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/

                 http://lenggangkangkung-my.blogspot.my/2011/05/asal-usul-hari-ibu.html?m=1

Wallahu a'lam.

Iblis Alaihi Laknatullah


Anak-anak iblis laknatullah@devil of luciferSunting

syaitan merupakan golongan penghasut yang juga merupakan anak-pinak dan keturunan kepada iblis laknatullah.Namun begitu, Zaid bin Mujahid mengatakan iblis mempunyai 5 ekor anak (sebilangan mengatakan 7 ekor anak) dimana mereka ini mempunyai tugas jahat yang berbeza. Setiap dari mereka telah melahirkan keturunan yang lain hasil dari perbuatan zina antara mereka dan syaitan-syaitan betina yang lain. Anak-anaknya adalah:
1.Tsabr:tugasnya adalah menggoda manusia berbuat maksiat ketika manusia sedang dalam kesusahan dan berada dalam kesedihan.Ketika manusia dalam kesusahan dan mendapat musibah, maka datanglah Tsabr dan kuncu-kuncunya membisik manusia agar melakukan segala kejahatan seperti berzina,bunuh diri,menghisap dadah,minum arak,berjudi supaya manusia itu terus leka dan jangan kembali kepada Allah.
2.A'war:tugasnya adalah menghasut manusia supaya mendekati zina dan terus melakukannya dengan apa cara sekali pun.A'war dan pengikutnya akan menggambarkan keenakan dan keseronokan berzina dalam akal fikiran manusia dan mengobar-kobar kan nafsu.
3.Miswath:tugasnya adalah menyampaikan berita dusta atau penipuan yang mampu menimbulkan kemarahan dan fitnah besar,agar manusia itu akan kucar-kacir,hilang pertimbangan dan saling tuduh menuduh sehinggakan menyebabkan pertempuran yang hebat dan dahsyat.
4.Dasim:Tugasnya adalah menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan,mudah marah, dan permusuhan.selalunya dalam kes rumahtangga dasim akan cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan.
5.Zaknabur:Tugasnya adalah memastikan dunia ekonomi dan perniagaan akan tergugat.menghasut para pedagang agar sentiasa tamak dalam mengaut keuntungan,kecurangan dan penipuan dalam muamalah(perhubungan).Memastikan pengurangan dalam timbangan dan bekalan,kelumpuhan ekonomi melalui sistem inflasi.serta merupakan pengajak utama manusia dalam melakukan riba(bunga atau faedah dalam perniagaan).
6.Khanzab:Menghalangi umat Islam dalam melakukan solat,menggangu umat Islam dalam melakukan solat(sembahyang).serta mencari jalan agar dapat menyebabkan manusia tidak akan dapat menyembah Allah dan mengelakkan agar sembahyang menjadi sempurna.
7.Walhan:Menggangu umat Islam agar sentiasa was-was dalam berwudhuk(bersuci sebelum melakukan sembahyang).ini akan menyebabkan umat Islam tidak sah dalam solatnya.Wuduk merupakan kepentingan yang amat perlu dititik beratkan sewaktu beribadah kepada Allah.Walhan juga,menyebabkan manusia agar sentiasa membazir dalam menggunakan sesuatu perar atau benda.
Jadi diingatkan agar manusia sentiasa beringatkan bahawa syaitan merupakan musuh utama yang amat perlu dielakkan.Allah SWT sama sekali melarang untuk hambanya mengikut taghut(perkara yang melampaui batas seperti menyembah selain Allah)dan menjadikan syaitan sebagai idola dalam aktiviti seharian.

Aset-aset yang Digunakan Syaitan untuk Menggangu ManusiaSunting

Mancung/Paruh Syaitan membuatkan manusia Lupa Sabda Muhammad Rasullullah:"Sesungguhnya syaitan itu meletakkan muncungnya diatas hati anak Adam,maka jika manusia ingat kepada Allah,maka mundurlah ia dan jika manusia itu lupa kepada Allah,dipatuklah hatinya"(Hadis Riwayat Ibnu Jauzi)
syaitan menangis Sabda Muhammad Rasullullah:"Apabila anak Adam membaca Surah Assajadah,lalu ia sujud,nescaya menyingkirlah syaitan sambil menangis dengan meratap:"Ah...Celakalah aku.Anak Adam disuruh sujud lalu ia sujud maka ia mendapat syurga,tetapi aku disuruh sujud maka membangkang,maka aku mendapat neraka"(Hadis Riwayat Ahmad,Muslim,Ibnu Majah)
syaitan kencing Dari Ibnu Masud dia berkata:Diceritakan(Allah)kepada Nabi Muhammad SAW tentang seseorang lelaki yang tidur hingga Subuh(waktu Fajar Pagi),sabda Baginda:"Itulah orang lelaki yang dikencingi oleh syaitan pada kedua telinganya"(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(As-Syaikhan)
syaitan tertawa(ketawa) Nabi bersabda bermaksud:"Apabila menguap salah seorang kamu dalam solat,maka hendaklah ia tutup mulutnya sedapat mungkin dan jangan ia mengucap "Ahhh...",kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan dan ia tertawa kerananya."(Hadis Riwayat Bukhari).
syaitan mempunyai rambut dan janggut yang kusut "Dari Atha bin Yasr dia berkata:Telah datangnya lelaki kepada Rasullullah SAW dalam keadaan kusut rambut dan janggutnya,maka Rasullullah memberi isyarat kepada lelaki itu,seakan-akan disuruhnya membereskan(meluruskan) rambut dan janggutnya.Maka orang itu mengerjakannya,kemudian ia kembali.Maka Rasullullah SAW bersabda:"Bukankah ini lebih baik darpada seseorang yang datang dengan kusut rambutnya seperti syaitan."(Hadis Riwayat Malik)
syaitan menyilangkan(mematah-matahkan) jari tangan:Nabi Muhammad Bersabda(memberitahu):Apabila salah seorang kamu berada di dalam masjid ,maka janganlah sesekali menyilangkan(mematah-matahkan)jari tangan,kerana menyilangkan jari-jari tangan itu dari syaitan.Dan seorang kamu tetap dalam pahala solat selama ia berada di dalam masjid(mosque) sehingga ia keluar darinya."(Hadis Riwayat Ahmad).
syaitan masuk dalam aliran darah manusia:Sabda Rasullullah SAW bermaksud:"Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri manusia mengikuti pejalanan darah.Oleh sebab itu,aku takut syaitan melontarkan sesuatu tuduhan atau satu kejahatan dalam hatimu"(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(as-Syaikhan)
syaitan takut orang yang solat berjemaah:Sabda Nabi Muhammad yang bermaksud:"Jika ada tiga orang di desa atau digunung yang tidak menunaikan solat berjamaah,nescaya mereka dikusai oleh syaitan.Oleh sebab itu,hendaklah kamu berjamaah kerana sesungguhnya serigala tidak akan memakan kambing melainkan yang terpisah sendiri dari rombongan"(Hadis Riwayat Abu Daud).
Hentakan kaki syaitan menyebabkan wanita istihadhah(mengeluarkan darah haid secara berlebihan walaupun dalam keadaan sihat).Dari Amnah binti Jahsy bahawa ia keluar darah banyak dan deras(mengalir-ngalir) dari kemaluannya(darah istihadhah),lalu ditutup dengan kapas masih juga keluar dan ditutup dengan kain masih juga keluar.Rasullullah bersabda:"Sesungguhnya darah yang keluar deras itu adalah salah satu hentakan kaki dari hentakan-hentakan kaki syaitan."(Hadis Riwayat Ahmad,Abi Daud dan Tirmidzi)
nota:Kini bagi merawati masalah tersebut dari terus menerus yang boleh menyebabkan mudarat jika terus dibiarkan kaedah perawatan islam diperkenalkan dengan menggunakan bahan-bahan berteraskan alam semula jadi dan menggunakan ayat-ayat tertentu.Teknologi perubatan moden pun telah dapat merawati masalah itu itu dari terus berlaku.
syaitan menghadang di saf solat.Sabda Rasullullah:"Apabila salah seorang kamu solat(sembahyang dengan memakai batas(Sutroh)(penghadang),lalu ada orang yang melintas dhadapannya(dalam kawasan solat,dibawah penghadang)maka hendaklah ia menghalanginya.Tetapi jika orang itu enggan(dalam keadaan curiga,melintasi dengan sengaja berulang kali)maka boleh orang itu diperangi(usir atau dibunuh),kerana dia itu tidak lain adalah syaitan".(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(As-Syaikhan)
Rasullullah SAW menangkap dan mencekik syaitan:"Ketika Nabi SAW akan melakukan solat,lalu datang kepadanya syaitan hendak memutuskan solatnya.Maka Nabi Muhammad SAW menangkapnya(syaitan itu)lalu mencekiknya sehingga keluar air liurnya diatas tangannya(Nabi)."(Diceritakan oleh Ibnu Qoyyim)
syaitan kentut:"Apabila diseru untuk melakukan solat(laungan azan),maka mundurlah syaitan sampai terkentut sehingga ia tidak mendengarkan azan,maka selesai azan ia kembali lagi.Dan apabila akan berdiri solat(laungan iqamah),ia mundur lagi dan apabila selesai iqamah,ia datang kembali"(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)(as-Syaikhan).
syaitan menyelit disaf solat yang renggang:Sabda Muhammad Rasullullah:"Luruskan saf-safmu,rapatkan bahu-bahumu(dalam solat) dan berlaku lembutlah terhadap tangan-tangan saudaramu dan tutuplah tempat-tempat renggang kerana seungguhnya syaitan masuk(menyelitkan diri)pada celah-celahmu,bagaikan anak kambing yang menyelit di celah-celah induknya."(Hadis Riwayat Ahmad dan Thabrany)
syaitan menghalangi khusyuk solat(menyempurnakan sembahyangnya)."Dari Aisyah berkata:Aku pernah bertanya kepada Rasullullah SAW tentang menengok dalam solat(melihat-lihat kemana-mana arah tanpa perlu)maka sabda Nabi Muhammad SAW:"Itu adalah curian cepat yang dicuri syaitan dari hambaNya(Allah)"(Hadis Riwayat Bukhari,Ahmad,An-Nasai dan Abu Daud)(Hadis Sahih)
Sabda Rasullullah lagi yang bermaksud:"Akan datang syaitan pada seseorang kamu dalam solatnya,lalu syaitan mengingatkan kepadanya,keperluan begini dan begitu.Maka janganlah ia menurutinya.Dan syaitan datang pula pada waktu tidurnya,maka syaitan memberikan berita mimpi buruk padanya,maka janganlah diikutinya(mempercayainya)".(Hadir Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)
syaitan membuat mimpi buruk:Muhammad Rasullullah SAW bersada yang bermaksud:"Apabila seseorang kamu bermimpi yang tidak disukai(mimpi buruk),maka hendaklan ia meludah kesebelah kiri tga kali dan hendaklah membaca:
A'uzubillah hi minasyaitan nir rajim maksudnya:"Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam".
Dan hendaklah ia pindah dari lambungnya ketika hendak tidur yang ia sedang ada diatasnya".(Hadis Riwayat Muslim,Abu Daud,An-Nasai dan Ibnu Majah).
syaitan mencelak mata.syaitan akan mencelak mata para pendengar ceramah agama atau khutbah supaya para pendengar akan tertidur dan leka tidak menghayati apa-apa yang dikatakan oleh penceramah.
syaitan mengincu bibir.syaitan akan mengicu bibir para pendengar ceramah supaya dapat berbual-bual dengan temannya dan dapat mengeluar kata-kata kesat.
syaitan akan mengetuk para pendengar ceramah dengan tongkatnya agar dapat membuat bising dan tidak akan duduk diam,disamping membuat kacau dan kekalutan.
Banyak lagi propaganda yang telah dilakukan oleh syaitan untuk menyesatkan manusia supaya tidak dapat manusia itu berpaut kembali kepada tali akidah dan ajaran Allah yang tulus dan benar.Manusia diingatkan agar behati-hati menjalani kehidupan ini agar tidak terpedaya dengan dakyah-dakyah syaitan('syaitan' - Maksud Arab - The Accuser/Penuduh).Untuk mengetahui sesuatu itu datang dari syaitan atau pun tidak, seseorang akan mendengar dari dalam dirinya sebuah tuduhan/spekulasi tentang sama ada tentang amalannya,hatinya,kejadian atau pun amalan jirannya terhadap dia atau orang lain.Sama ada tuduhan/spekulasi itu benar atau tidak,ianya datang dari syaitan tanpa dia juga mengetahuinya.Tangkislah dengan solah yang banyak.
Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir berperang di jalan thaghut, sebab itu perangilah kawan-kawan setan itu, karena sesungguhnya tipu daya setan itu adalah lemah.[An - Nisaa' : 76]
Dan katakanlah: "Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan setan.[Al-Mukminun:97]
Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku." [Al-Mukminun:98]
Tujuan Allah menciptakan syaitan adalah untuk menguji tahap keimanan manusia itu kepada Allah.Sesiapa yang terpedaya dengan ajakan syaitan Allah akan membalas dengan azab sensara yang pedih di dunia dan di akhirat.Manakala orang yang berbuat baik dan berjaya menyekat kejahatan syaitan ,Allah akan membrikan penghargaan yang tidak erkira dan dibalas dengan Syurga dan kehidupan yang tetap berbahagia.
Sesungguhnya setan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.[Al-Baqarah:169]
Sesungguhnya setan ini tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakal kepada Tuhannya.[An-Nahl:99]
Sesungguhnya kekuasaannya (setan) hanyalah atas orang-orang yangmengambilnya jadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah.[An-Nahl:100]
Allah tidak akan menguji manusia itu dengan berlebih-lebihan dari kemampuan orang itu sahaja.syaitan merupakan salah satu bencana kepada orang yang ingkar kerana mereka akan terus mengikuti syaitan selagi mereka tidak mendapat restu dan inayah dari Allah.
Dikatakan juga orang yang dirasuki syaitan atau jin jahat sebenarnya adalah orang yang mempunyai kelemahan dalam iman disamping jiwa raganya yang kosong dan lemah rohani, zahir dan batinnya.syaitan mudah untuk mendekati orang yang mempunyai sifat demikian dan menjadi penempatan(perumah) bagi syaitan.Pengubatan Islam sahaja yang mampu menghalau perkara tersebut dari terus membahayakan manusia.
syaitan yang cuba untuk mendengar rahsia Kerajaan Allah di langit.Allah akan melontarkan api-api dilangit(asteroid,meteor atau meteorid)kepada syaitan.Dlam kejadian itu,dengan izin Allah ada juga syaitan yang berjaya mendapatkan maklumat atau rahsia dari Kerajaan Allah di langit.Demikian dari situ lah munculnya golongan sihir(golongan manusia yang suka mengamalkan ilmu mistik atau ilmu hitam yang sudah diduga banyak melakukan penyimpangan akidah dan kepercayaan kolot) yang cuba menjadikan syaitan sebagai rakan dan akhirnya mudah untuk golongn sihir membuat penipuan dan kejahatan didalam bumi ini.
syaitan akan dimatikan oleh malaikat maut @ Azrael Angel @ Malaikat Izrail atas arahan Allah,pada akhir zaman nanti setelah Allah membinasakan segala-galanya yang berada di alam buana dan semesta ini.syaitan akan dihidupkan kembali untuk menerima janji Allah sebagai bahan bakar dalam neraka.Pada waktu itu peneman syaitan yang turut binasa adalah manusia dan jin yang ingkar dengan perintah Tuhan serta batu-batuan.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Katakanlah(Wahai Muhammad):"Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.Yang Menguasai sekalian manusia,Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik,penghasut yang timbul tenggelam,yang melemparkan hasutannya ke dalam hati manusia,(iaitu pembisik dan penghasut)dari kalangan jin dan manusia."
(Surah An-Nas:ayat 1-6)

Perokok Adalah Golongan Fasik

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Keterangan/Hujah:

1.  Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:

i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.

ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.

iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.

v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:

a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud“ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”
e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:

i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.
ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.
iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.
vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok

Antaranya seperti berikut:

a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.
b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.
c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.

2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.

3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyahmenyatakan:
“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”
“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”
Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.

Berdasarkan fatwa di atas maka golongan perokok adalah fasiq maka tidak sah menjadi wali dan saksi. Golongan ini boleh menjadi wali dan saksi seetelah mengucap dua kalimah syahadah dan bertaubat sebelum aqad berlangsung.
Wallahu a'lam



Sumber