Istighfar Anak Kunci Pertolongan Allah


 Istighfar

(Aku memohon ampun kepadaMu ya Allah)


Anak kunci kepada pertolonganNya.


Berapa kali nak istighfar?


Ulang dan ulang sehingga hatimu tenang dan lapang, sehingga nampak jalan, sehingga boleh merasai kalimah istighfar itu dan boleh berhenti sekejap dari berfikir tentang masalah dan ketika itu kamu mula rasa bahawa Allah ada bersama.


Saat itu tiba² sunyi. 

Hanya kamu dengan Allah. 

Rasa dah tak perlukan apa², hanya menikmati saat bermanja dan bersunyian dengan Allah. 

Itulah nikmat paling mahal di dunia. Yang ramai tak pernah rasa dan berusaha rasa.


Istighfarlah kerana Allah bukan kerana ujian Allah.


Istighfarlah kerana kita perlu hidup dan mati dengan pengampunan Allah.

Kerana kita kurang mohon ampun denganNya, Allah berikan jalan lain sebagai penyucian jiwa. 


Pilihlah jalan Istighfar bukan jalan Musibah