Imam Syafi'i

Adapun Imam Asy-Syafi'i r.a, maka yang menunjukkan ia seorang 'abid adalah riwayat yang menerangkan bahawa ia membagi malam, tiga bahagian: sepertiga untuk ilmu, sepertiga untuk ibadah dan sepertiga lagi untuk tidur.

Imam Asy- Syafi'i r.a pernah berkata:"Aku tidak pernah kenyang selama 16 tahun, kerana kekenyangan itu memberatkan tubuh, mengesatkan hati, menghilangkan cerdik, menarikkan tidur dan melemahkan orang yang kenyang itu daripada beribadah".

Maka lihatlah kepada hikmahnya pada menyebutkan bahaya² kekenyangan! Kemudian mengenai kesungguhannya beribadah, kerana ia meninggalkan kekenyangan itu kerana ibadah. Dan pundak beribadah itu ialah menyedikitkan makanan.

Berkata Imam Asy-Syafi'i r.a lagi:"Tidak pernah aku bersumpah dengan nama Allah, baik dalam hal yang benar apalagi bohong".

Lihatlah betapa hormat dan tunduknya kepada Allah S.w.t dan dibuktikan oleh demikian atas pengetahuannya dengan kebesaran Allah S.w.t.!

Ditanyakan Imam Asy-Syafi'i r.a tentang sesuatu masalah, maka ia diam. Ketika ditanyakan lagi." Mengapa tuan tidak menjawab? Kiranya Allah merahmati tuan". Maka beliau menjawab: "Aku berfikir sehingga aku mengetahui mana yang baik pada diamku atau jawabku".

Lihatlah, betapa diawasinya lidahnya, sedang lidah itu adalah anggota badan yang paling berkuasa bagi ulama fiqih dan paling payah mengekang dan menundukkannya. Dan ia tidak berkata atau diam kecuali untuk memperoleh keutamaan dan pahala.