Antara istilah² yang digunakan dalam Ulum al-hadith ialah sebagaimana berikut:
1. Sanad
Al- Sanad ialah jalan yang menghubungkan kepada matan. Ia juga bermaksud jalan yang menyampaikan kepada hadis.
Sanad dari segi bahasa ialah sesuatu yang kita bersandar kepadanya, seperti tembok, dinding dan sebagainya.
Sanad dari segi istilah hadis ia membawa maksud jalan yang menyampaikan kepada matan hadis. Dalam erti kata lain, ia bermaksud rangkaian perawi di dalam tabaqat.
2. Perawi
Perawi ialah orang yang meriwayatkan hadis.
3. Matan
Matan dari segi bahasa ialah pertengahan jalan.
Matan dari segi istilah ialah lafaz² hadis yang membentuk pengertian. Dengan kata lain ialah kata² atau lafaz² yang terletak sesudah perawi bermula daripada akhir sanad. Konteks lain, ia bermaksud hadis Nabi yang di akhir sanad.
4. Isnad
Isnad ialah menyandarkan sesuatu hadis kepada orang yang meriwayatkannya. Kadang² juga ia digunakan dengan makna al-Sanad. Ertikata lain, ia bermaksud menyebutkan hadis itu kepada orang yang menyatakannya.
5. Musnid
Al-Musnid ialah orang yang meriwayatkan hadis dengan isnadnya samada ia mengetahui ilmu hadis atau tidak. Ia juga disebut musabbid, iaitu orang yang meriwayatkan hadis dengan isnadnya.
6. Musnad
Musnad ialah nama bagi kitab² yang dikumpulkan di dalamnya apa² yang diriwayatkan oleh seorang sahabat atau lebih, seperti: Musnad Imam Ahmad. Ia juga bermaksud kitab yang dikumpulkan hadis di dalamnya yang diriwayatkan oleh seorang sahabat atau lebih.
7. Muhaddis
Muhaddis ialah orang yang mengetahui tentang hadis, sama ada Riwayah atau Dirayah dan kecacatannya. Juga mengetahui perawi² hadis daripada riwayat² yang ada pada zamannya dan mengingati sejumlah besar matan hadis daripada kitab yang sahih.
Konteks lain, muhaddis ialah mereka mengetahui perkara² yang luar biasa dan menguasai serta menghafaz kurang daripada 100 000 buah hadis. Antara mereka ialah:
a. Abu Bakr Ahmad Ibn Marwan al-Maliki.
b. Imam Abu Qasim Abdul Rahman.
c. Imam al-Busiri Hibatu Allah.
d. Imam Muhammad Ibn Abu Jamrah.
e. Imam Ahmad Ibn Hajar al-Haytimi.
Untuk itu Muhaddis ialah orang yang banyak menghafaz hadis serta menegtahui sifat² orang yang meriwayatkan tentang adil dan kecacatannya.
8. Muhafiz / Al-Hafiz
Dari segi bahasa, muhafiz ialah orang yang menghafaz.
Al-Hafiz dari sudut istilah pula, para ulama salaf mengatakan ia sama dengan muhaddis. Ada yang mengatakan, mereka ialah orang yang menghafaz sebanyak 100 000 buah hadis yang bersanad. Antara mereka yang mendapat darjat ini ialah:
a. Ibn Majah.
b. Abdul Rahman Ibn Mahdi.
c. Abu Bakr Ibn Shaybah.
d. Muhammad Ibn Hibban.
e. Abdul Rahman Ibn Abu Hatim al-Razi.
Untuk itu, hafiz ialah orang yang menghafaz sebanyak 100 000 hadis dengan isnadnya.
9. Hujjah
Hujah lebih tinggi daripada darjat hafiz, di samping itu mereka memiliki sifat yang ada pada hafiz. Mereka menghafaz hadis yang bersanad sebanyak 300 000 buah hadis dari segi matan, sanad, jarh, ta'dil serta sejarahnya. Antara mereka ialah:
a. Abu al-Huzayl Muhammad Ibn al-Walid al-Hims.
b. Ma'mar Ibn Rasyid.
c. Malik Ibn Ismail al-Hindi.
d. al-Hajjaj Ibn Minhal.
e. Abdullah Ibn Yusuf al-Kalla'i.
10. Hakim
Hakim ialah martabat yang tertinggi bagi ahli hadis. Iaitu orang yang menegtahui di dalam segenap hal di dalam perkara yang bersangkutan dengan hadis dan menghafaz hadis dengan bilangan yang lebih banyak daripada mereka yang telah disebutkan di atas.
Hakim juga adalah gelaran bagi mereka yang dapat menguasai serta menhafal lebih dariapda 700 000 buah hadis yang diriwayatkan dari segi sanad, matan, Jarh, ta'dil dan sejarahnya. Antara mereka yang mencapai martabat Hakim ialah:
a. Imam Malik Ibn Anas.
b. Imam Ahmad Ibn Hanbal.
c. Imam al-Bukhari.
d. Imam Muslim.
e. Imam at-Tirmizi