Sesiapa yang luput solat Zuhur sampai kepada waktu Asar, maka hendaklah ia mengerjakan solat zuhur dahulu, kemudian baru mengerjakan solat Asar.
Kalau ia memulai dengan Asar, memadai juga tetapi telah meninggalkan yang lebih utama dan menjerumuskan diri ke dalam persoalan yang diperselisihkan.
Kalau ia mendapati imam, maka hendaklah mengerjakan solat Asar, kemudian barulah ia mengerjakan Zuhur sesudahnya. Kerana berjemaah dengan solat ada' (solat dalam waktunya), adalah lebih utama.
Kalau ia bersolat sendirian pada awal waktu, kemudian ia mendapati solat jama'ah, maka bersolatlah lagi dalam jama'ah dan meniatkan solat waktu itu. Allah S.w.t akan menghitung mana yang dikehendakiNya. Kalau ia meniatkan solat yang tertinggal (solat qada') atau meniatkan solat sunat, maka boleh lah yang demikian.
Kalau ia telah bersolat jama'ah, kemudian memperoleh lagi jama'ah lain, maka hendaklah ia meniatkan solat yang tertinggal (solat qada') atau solat sunat. Kerana mengulangi solat yang sudah dilaksanakan dengan jama'ah, sekali lagi, tak ada alasan baginya. Cara berbuat demikian, adalah untuk memperoleh keutamaan berjama'ah semata-mata.