Apakah Umat Islam Menyembah Ka'bah?
Pada suatu malam, Roy (bukan Islam) berdebat dengan seorang Ustaz di dalam rumahnya.
Roy : Mengapa orang Islam menyembah kotak hitam ?
Ustaz : Salah tuh ! Umat Islam bukan menyembah kotak hitam, tapi menyembah Allah.
Roy : Bukankah orang Islam solat mengadap kaabah, sebuah kotak yang berwarna hitam ? Apakah Allah itu ada di dalam kaabah ?
Belum sempat Ustaz itu menjawab, handphone Roy pun berbunyi.
Roy menjawab panggilan telefonnya, sementara ustaz itu pula menunggu dengan sabar.
Setelah Roy selesai menjawab panggilan di handphonenya, dia memandang ustaz itu. Ustaz itu pun tersenyum.
Roy : Mengapa ustaz tersenyum ? Apakah jawapan dari pertanyaan saya tadi ?
Ustaz: Hmm.. perlukah saya menjawab pertanyaan itu ?
Roy : Ah, pasti ustaz tak mampu menjawab bukan ? [tertawa]
Ustaz : Bukan itu maksud saya.
Sebenarnya saya cuba gunakan teori yang kamu gunakan sebagai menjawab pertanyaan yang kamu ajukan pada saya. Saya melihat kamu tidak menyedarinya..
Roy : Apa maksud ustaz ?
Ustaz : Tadi, saya melihat kamu bercakap sendiri, ketawa, dan tersenyum sendiri. Dan kamu mencium handphone kamu itu sambil berkata "I love u mom"...
Roy : Saya bukan bercakap sendiri. Saya bercakap dengan isteri saya. Dia telah menelefon saya tadi.
Ustaz : Mana isteri kamu ? Saya tak nampak..
Roy : isteri saya tidak ada di sini. Saya bercakap menggunakan handphone. Apa masalahnya ? [nada marah]
Ustadz: Boleh saya lihat handphone kamu ?
Roy mengulurkan handphonenya kepada ustaz itu. Ustaz itu menerimanya, lalu dengan tidak sengaja ia terjatuh, dan terdapat calar pada casing handphone tersebut. Kemudian ustaz itu bertanya bagaimana keadaan isterinya, adakah terluka juga, disebabkan handphone itu terjatuh.
" saya minta maaf jikalau isteri kamu terluka disebabkan handphone ini terjatuh, adakah isteri kamu masih sihat di dalam handphone ini ?"
Roy : Hah, handphone saya yang jatuh, tiada kaitan dengan isteri saya ? Mengapa ustaz bodoh sangat? Teknologi sudah maju. Kita mampu bercakap dari jarak jauh menggunakan telefon. Kenapa ustaz bercakap tidak
menggunakan fikiran ? [marahnya menyala...! ]
Ustaz : Alhamdulillah [senyum]. Keadaan ini samalah juga dengan Allah SWT. Umat Islam solat mengadap kaabah bukan beerti umat Islam menyembah kaabah.Tetapi umat Islam menunaikan solat di atas arahan Allah. Allah mengarahkan umat Islam untuk sembahyang menghadap kaabah juga bukan beerti Allah ada di dalam kaabah. Begitulah juga dengan diri kamu dan isteri kamu. Isteri kamu menelefon dengan menggunakan handphone, ini bukan beerti isteri kamu ada di dalam handphone itu. Tetapi syarat telekomunikasi telah menetapkan peraturan, bahawa jika ingin bercakap melalui telefon mestilah menekan nombor yang tepat, barulah talian akan bersambung dan kamu boleh bercakap melalu handphone walaupun isteri kamu tidak ada di dalamnya.
Roy : [melopong]