Andai kesakitan itu seringkali terjadi kenapakah harapan untuk mati itu mesti ada..
Andai manusia itu tidak pernah kan mati..tidaklah akan ada doa buruk ini..
Dan..akan adakah sakit menyakiti di dalam dunia ini..??
Pastinya keadaan pasti lain yang tertentukan Allah bagi manusia..
mungkin..
Diberikan Allah jantung, hati dan anggota badan yang tidak pernah kan rosak..
Terjadinya pertengkaran dan pertikaman..diri seolah bertubuh kebal..
Andai dihukum setelah berbuat kesalahan pula..akan adakah keinsafan..andai hukuman tidak memberikan sakit..
Pasti ia tidak berbaloi bagi yang tertindas..
Mungkin..
Dan Allah itu bukanlah zalim..
Justeru hukuman dunia apakah yang bisa menginsafkan diri dari kesalahan..dan mendamaikan setiap yang bermusuh..
Tidak mungkin Allah membuka hijabNya supaya menggerunkan pesalah..
Jika itu terjadi..semuanya yang hidup pasti akan beriman dan percaya sepenuhnya padaNya atas kebesaran dan kewujudanNya di alam ini..
Justeru..jikalau semuanya tunduk menjadi takut dengan kebesaran Allah..
Tiadalah lagi keraguan di hati sang ingkar untuk beriman..
Apabila tertentukan semua kan yakin kewujudan Allah dan semuanya kan hanya beriman padaNya..
Justeru apa fungsi neraka tercipta??
Pasti setiap yang tercipta itu ada gunanya..
Kalau bukan untuk manusia..hanya untuk siapa??
Mungkin untuk iblis dan syaitan..
Kalau pula semua manusia ditentukan beriman..
Apa gunanya syaitan dan iblis ditentukan sebagai musuh dan penganggu manusia..
Andai ia tidak ditentukan sebagai penganggu..dan permohonannya untuk menganggu hingga kiamat itu ditolak Allah s.w.t..
Apakah ketika itu jua ia akan terus dihumban ke neraka..kerana permusuhannya yang pasti menganggu iman manusia..?
Mungkin..
Kemudian..andai pula raut wajah manusia dan tubuh yang tidak pernah berganjak tua dan lemah..
Tetap nampak hanya sekitar pertengahan abad usia..
Apakah dunia akan menjadi sempit..sesak dengan penghuni..
Dengan umat dahulu sejak nabi Adam masih ada..
Apakah akan ada perbezaan saiz tubuh?
Wallahu a'lam..
Namun..
Jika dunia akan menjadi sesak andai di takdir semua manusia tidak ditentukan mati..hingga tiba kiamat baru hilang segala nyawa..
Apakah syurga kelak sesak jua begitu..?
Mungkin jua tidak kerana semua yang derhakakan agama Allah dimasukkan ke neraka..
Sesungguhnya jua Allah itu maha Kaya..
Andai manusia itu tidak pernah mati..kecuali setibanya kiamat..kemudian dibangkitkan..
Dan andai semua manusia ditakdirkan ke syurga tiada kan ke neraka..
Sesungguhnya Dia bisa menjadikan dunia dan syurga itu luas selebarnya..berbanding yang telah ditentukanNya kini...
Namun..walau apa pun..
Wallahu a'lam..
Telah tetap ketentuan Allah melalui peneranganNya di dalam kitab suci Al-Quran..
Bahawa manusia itu bisa mati..dan bukan semuanya ke syurga..
Andainya tidak bisa mati dan ketentuan semuanya beriman..apa gunanya manusia dihantar ke bumi..?? Baiklah duduk di syurga saja..
Pastinya..manusia di hantar ke bumi bagi menguji iman hambaNya..
Andai taat..syurgalah buat hambaNya..
Andai ingkar..Nerakalah seburuk tempat kembali...
Nauzubillah..
Dan pastinya apa yang terjadi atas pilihan masing²..