Sihat Itu Nikmat Yang Mudah Dilupakan

Ketika melihat atau menziarahi orang sakit, kita baru sedar betapa mahal dan luar biasa nikmat yang telah Allah s.w.t berikan kepada kita. Sedangkan sebelumnya kita seakan² lupa akan nikmat yang satu ini.

Ibnu Batthal menyatakan:"Seseorang tidaklah dikatakan memiliki waktu luang hingga badannya juga sihat. Barangsiapa yang memiliki dua nikmat ini (iaitu waktu senggang dan nikmat sihat), jangan sampai ia tertipu dengan meninggalkan syumur pada Allah atas nikmat yang diberikan.

Bersyukur adalah dengan melaksanakan setiap perintah dan menjauhi setiap larangan Allah. Barangsiapa yang luput daripada syukur seperti ini, maka dialah yang tertipu."


Ibnu Al-Jauzi menyatakan:"Terkadang manusia berada dalam keadaan sihat, namun ia tidak memiliki waktu luang kerana sibuk dengan urusan dunianya. Dan terkadang pula seseorang memiliki waktu luang, namun ia dalam keadaan tidak sihat. Apabila terkumpul pada manusia waktu luang dan nikmat sihat, sungguh akan datang rasa malas dalam melakukan amalan ketaatan. Itulah manusia yang telah tertipu (terpedaya)."

Ibnu Al-Jauzi juga menyatakan:"Intinya, dunia adalah ladang beramal untuk menuai hasil di akhirat kelak. Dunia adalah tempat kita menjajakan barang dagangan, sedangkan keuntungannya akan diraih di akhirat nanti.

Barangsiapa yang memanfaatkan waktu luang dan nikmat sihat dalam rangka melakukan ketaatan, maka dialah yang akan berbahagia. Sebaliknya, barangsiapa memanfaatkan kedua² dalam maksiat, dialah yang betul² tertipu. Sesudah waktu luang akan datang waktu yang penuh kesibukan. Begitu pula sesudah sihat akan datang keadaan sakit yang tidak menyenangkan."


Umar bin Al-Khattab r.a menyatakan:"Aku tidak suka melihat seseorang yang berjalan seenaknya tanpa mengendahkan ini dan itu, iaitu tidak peduli penghidupan dunianya dan tidak pula sibuk dengan urusan akhiratnya."