A. Mengubati sakit reumatik, sakit kepala dan migrain.
• Minum air halia 3 kali sehari.
• Daun halia yang ditumbuk dan dicampurkan sedikit air boleh digunakan sebagai pereda sakit kepala dan boleh dipercikkan ke muka orang yang sedang menggigil.
• Umbisinya ditumbuk dan direbus di dalam air mendidih selama lebih kurang 1/2 jam.
• Airnya dapat diminum sebagai ubat untuk memperkuat pencernaan makanan dan mengusir gas di dalamnya, mengubati hati yang membengkak, batuk dan demam.
B. Mengubati reumatik panas
• Letakkan umbisi halia di atas api atau bara api dan kemudian ditumbuk.
• Tampalkan tumbukan halia pada bahagian tubuh yang sakit.
• Cara lain adalah dengan ditumbuk bersama cengkih dan ditampalkan pada bahagian tubuh yang mengalami reumatik.
C. Mengubati luka kerana melecet, ditikam benda tajam, terkena duri, jatuh, serta gigitan ular.
• Halia merah ditumbuk.
• Tambahkan sedikit garam.
• Letakkan pada bahagian tubuh yang luka.
D. Penyakit gatal kerana sengatan serangga
• Halia ditumbuk.
•Campur dengan sedikit garam.
• Tampalkan pada luka pada bekas gigitan ular beracun (hanya sebagai pertolongan pertama sebelum penderita dibawa menemui doktor).
E. Mengubati ekzema
• Parutan lobak dicampur dengan air halia.
• Ramuan ini dilumurkan pada bahagian kulit yang terkena ekzema.
• Biasanya dalam waktu dua minggu sahaja penyakit tersebut akan berkurangan.
F. Mencegah mabuk perjalanan
• Masukkan lebih kurang dua inci halia yang telah diketuk ke dalam satu gelas aur panas.
• Campurkan madu secukupnya, lalu diminum.
•Boleh juga digunakan sepertiga sudu serbuk halia.
• Jika mampu, boleh makan dua potong halia mentah.