1. Nabi S.aw hanya mempunyai uban yang sedikit sahaja di kepala dan janggutnya iaitu sekitar 14 hingga 20 urat sahaja.
2. Oleh sebab uban Nabi S.a.w sedikit sahaja, maka apabila Baginda memakai minyak rambut, ubannya tidak nampak ketara kerana ditutupi oleh minyak.
3. Punca uban di kepala Nabi S.a.w adalah kerana memikirkan kegemparan kiamat dan azab Allah yang terdapat dalam surah Hud dan surah² seumpamanya.
Hukum Mencabut Uban
Terdapat larangan Nabi S.a.w daripada mencabut uban di mana Baginda S.a.w bersabda, maksudnya:"Janganlah kamu mencabut uban kamu kerana ia sesungguhnya menjadi nur (cahaya) bagi seorang Muslim pada hari kiamat."
Dalam Sahih Muslim, sahabat Nabi S.a.w iaitu Anas bin Malik r.a berkata:"Dimakruhkan ke atas seorang lelaki mrncabut rambut putih (yakni uban) di kepala dan janggutnya".
Menurut majoriti ulama (termasuk mazhab asy-Syafi'i dan Maliki); larangan hadis di atas adalah larangan makruh. Sebahagian ulama berkata, larangan itu adalah larangan haram.