Firman Allah S.w.t
Maksudnya:"Dan mereka di dalam Syurga itu diberi minum sejenis minuman yang campurannya daripada Zanjabil (halia).
(Surah Al-Insan 76:17)
Sifat khas halia disebabkan adanya minyak astri dan oleoresin halia. Aroma harum halia disebabkan oleh minyak atsiri, sedangkan oleoresinnya menyebabkan rasa pedas.
Minyak atsiri dapat diperoleh daripada rizom halia kering. Ekstrak minyak halia berbentuk cairan kental berwarna kuning, kehijauan, berbau harum tetapi tidak memiliki komponen pembentuk rasa pedas.
Kandungan minyak atsiri dalam halia kering sekitar 1-3 peratus. Halia banyak mengandungi komponen pembentuk rasa pedas.
Menurut kitab² perubatan Islam, halia (zanjabil) dapat mengatasi masalah kelemahan kesihatan seperti sakit dada, jantung, lelah, lemah paru², angin dalam badan, mengubati darah, penghadaman, usus serta membuang keracunan badan.
Sejak dahulu halia digunakan sebagai ubat, ramuan masakan dan aneka keperluan lainnya. Halia dapat merangsang kelenjar pencernaan, baik untuk membangkitkan nafsu makan dan pencernaan.
Halia yang digunakan sebagai ramuan dalam masakan berkhasiat untuk menambah nafsu makan, memperkuat rusuk dan membaiki pencernaan. Hal ini kerana terangsangnya selaput lendir perut besar dan usus oleh minyak atsiri.
Minyak halia yang berbau harum dan berkhasiat mencegah serta mengubati mual dan muntah, misalnya kerana mabuk kenderaan atau pada alahan wanita yang hamil. Rasanya yang tajam merangsang nafsu makan, memperkuat otot usus, membantu mengeluarkan gas usus serta membantu fungsi jantung.
Dalam pengubatan tradisional Asia, halia digunakan untuk mengubati selesema, batuk, cirit-birit dan penyakit radang serta tulang.