Ahli ilmu itu tahu memilih akhirat atas dunia. Di antara tanda² ulama akhirat itu, tidak bertentangan perbuatannya dengan perkataannya. Bahkan ia tidak menyuruh sesuatu sebelum dia sendiri menjadi orang pertama yang mengerjakannya.
Berfirman Allah S.w.t:"Adakah kamu menyuruh manusia dengan kebaikan dan kamu lupakan akan dirimu sendiri?"
(Surah Al-Baqarah:44)
Berfirman Allah S.w.t:"Amat besar kutuk dari Allah S.w.t bahawa kamu katakan apa yang tidak kamu kerjakan".
(Surah As-Saff:3)
Berfirman Allah S.w.t mengenai kisah Nabi Syu'aib a.s:"Aku tidak kehendaki bertentangan dengan kamu apa yang Aku larangkan kamu daripadanya".
(Surah Hud:88)
Berfirman Allah S.w.t"Berbaktilah kepada Allah dan Allah mengajarkan kamu".
(Surah Al-Baqarah:282)
Berfirman Allah S.w.t:"Berbaktilah kepada Allah dan tahulah! Dan berbaktilah kepada Allah dan dengarlah!".
Berfirman Allah S.w.t kepada Nabi Isa a.s:"Hai putera Maryam! Ajarilah dirimu sendiri! Jika engkau telah memperoleh pelajaran, maka ajarilah orang lain. Kalau tidak, maka malulah kepada-Ku!".