Diriwayatkan Makhul dari Abdur Rahman bin Ghanam bahawa Abdur Rahman mengatakan:"Bercerita kepadaku sepuluh orang sahabat Nabi S.a.w dengan katanya:"Kami sedang belajar ilmu di masjid Quba', tiba² masuk Rasulullah S.a.w lalu bersabda:"Pelajarilah apa yang engkau kehendaki mempelajarinya. Tetapi engkau tidak di beri pahala oleh Allah S.w.t sebelum engkau amalkan".
(Hadis riwayat 'Al qamah bin Abdul Barr dari Mu'adz)