Amalan Menangkis Kejahatan Jin


PERTAMA. Ayat 1 hingga 7, Surah Al-Fatihah

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ 1

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ  2 ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ  3  مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ 4  إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ  5  ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ  6  صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ  7

Maksudnya:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


KEDUA. Ayat 1 hingga 5, Surah Al-Baqarah

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

الٓمٓ  1  ذَٰلِكَ ٱلۡكِتَٰبُ لَا رَيۡبَۛ فِيهِۛ هُدٗى لِّلۡمُتَّقِينَ  2  ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَيۡبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَٰهُمۡ يُنفِقُونَ 3  وَٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبۡلِكَ وَبِٱلۡأٓخِرَةِ هُمۡ يُوقِنُونَ  4 أُوْلَٰٓئِكَ عَلَىٰ
هُدٗى مِّن رَّبِّهِمۡۖ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ 5

Maksudnya:

Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.


KETIGA. Ayat 163, Surah Al-Baqarah

وَإِلَٰهُكُمۡ إِلَٰهٞ وَٰحِدٞۖ لَّآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلرَّحۡمَٰنُ ٱلرَّحِيمُ

Maksudnya:

Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


KEEMPAT. Ayat 255, Surah Al-Baqarah

ٱللَّهُ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَيُّ ٱلۡقَيُّومُۚ لَا تَأۡخُذُهُۥ سِنَةٞ وَلَا نَوۡمٞۚ لَّهُۥ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۗ مَن ذَا ٱلَّذِي يَشۡفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيۡءٖ مِّنۡ عِلۡمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَۖ وَلَا يَ‍ُٔودُهُۥ حِفۡظُهُمَاۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِيُّ ٱلۡعَظِيمُ

Maksudnya:

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)


KELIMA. Ayat 256, Surah Al-Baqarah

لَآ إِكۡرَاهَ فِي ٱلدِّينِۖ قَد تَّبَيَّنَ ٱلرُّشۡدُ مِنَ ٱلۡغَيِّۚ فَمَن يَكۡفُرۡ بِٱلطَّٰغُوتِ وَيُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰ لَا ٱنفِصَامَ لَهَاۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya:

Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


KEENAM. Ayat 257, Surah Al-Baqarah

ٱللَّهُ وَلِيُّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ يُخۡرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَٰتِ إِلَى ٱلنُّورِۖ وَٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَوۡلِيَآؤُهُمُ ٱلطَّٰغُوتُ يُخۡرِجُونَهُم مِّنَ ٱلنُّورِ إِلَى ٱلظُّلُمَٰتِۗ أُوْلَٰٓئِكَ أَصۡحَٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمۡ فِيهَا خَٰلِدُونَ

Maksudnya:

Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.


KETUJUH. Ayat 284, Surah Al-Baqarah

لِّلَّهِ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِي ٱلۡأَرۡضِۗ وَإِن تُبۡدُواْ مَا فِيٓ أَنفُسِكُمۡ أَوۡ تُخۡفُوهُ يُحَاسِبۡكُم بِهِ ٱللَّهُۖ فَيَغۡفِرُ لِمَن يَشَآءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشَآءُۗ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ

Maksudnya:

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


KELAPAN. Ayat 285, Surah Al- Baqarah

ءَامَنَ ٱلرَّسُولُ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡهِ مِن رَّبِّهِۦ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَۚ كُلٌّ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَمَلَٰٓئِكَتِهِۦ وَكُتُبِهِۦ وَرُسُلِهِۦ لَا نُفَرِّقُ بَيۡنَ أَحَدٖ مِّن رُّسُلِهِۦۚ وَقَالُواْ سَمِعۡنَا وَأَطَعۡنَاۖ غُفۡرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيۡكَ
ٱلۡمَصِيرُ

Maksudnya:

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".


KESEMBILAN. Ayat 286, Surah Al- Baqarah

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡهَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَآ إِن نَّسِينَآ أَوۡ أَخۡطَأۡنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَيۡنَآ إِصۡرٗا كَمَا حَمَلۡتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦۖ وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآۚ أَنتَ مَوۡلَىٰنَا فَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡكَٰفِرِينَ

Maksudnya:

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".


KESEPULUH. Ayat 18, Surah Aali-'Imran

شَهِدَ ٱللَّهُ أَنَّهُۥ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ وَٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ وَأُوْلُواْ ٱلۡعِلۡمِ قَآئِمَۢا بِٱلۡقِسۡطِۚ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ

Maksudnya:

Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


KESEBELAS. Ayat 26, Surah Aali-'Imran

قُلِ ٱللَّهُمَّ مَٰلِكَ ٱلۡمُلۡكِ تُؤۡتِي ٱلۡمُلۡكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلۡمُلۡكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُۖ بِيَدِكَ ٱلۡخَيۡرُۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٞ

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


KEDUA BELAS. Ayat 27, Surah Aali-'Imran

تُولِجُ ٱلَّيۡلَ فِي ٱلنَّهَارِ وَتُولِجُ ٱلنَّهَارَ فِي ٱلَّيۡلِۖ وَتُخۡرِجُ ٱلۡحَيَّ مِنَ ٱلۡمَيِّتِ وَتُخۡرِجُ ٱلۡمَيِّتَ مِنَ ٱلۡحَيِّۖ وَتَرۡزُقُ مَن تَشَآءُ بِغَيۡرِ حِسَابٖ

Maksudnya:

"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".


KETIGA BELAS Ayat 54, Surah Al-A'raf

إِنَّ رَبَّكُمُ ٱللَّهُ ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٖ ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰ عَلَى ٱلۡعَرۡشِۖ يُغۡشِي ٱلَّيۡلَ ٱلنَّهَارَ يَطۡلُبُهُۥ حَثِيثٗا وَٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَ وَٱلنُّجُومَ مُسَخَّرَٰتِۢ بِأَمۡرِهِۦٓۗ أَلَا لَهُ ٱلۡخَلۡقُ وَٱلۡأَمۡرُۗ تَبَارَكَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلۡعَٰلَمِينَ

Maksudnya:

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.


KEEMPAT BELAS. Ayat 55, Surah Al-A'raf

ٱدۡعُواْ رَبَّكُمۡ تَضَرُّعٗا وَخُفۡيَةًۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِينَ

Maksudnya:

Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.


KELIMA BELAS. Ayat 56, Surah Al-A'raf

وَلَا تُفۡسِدُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ بَعۡدَ إِصۡلَٰحِهَا وَٱدۡعُوهُ خَوۡفٗا وَطَمَعًاۚ إِنَّ رَحۡمَتَ ٱللَّهِ قَرِيبٞ مِّنَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

Maksudnya:

Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.


KEENAM BELAS. Ayat 110, Surah Al-Isra'

قُلِ ٱدۡعُواْ ٱللَّهَ أَوِ ٱدۡعُواْ ٱلرَّحۡمَٰنَۖ أَيّٗا مَّا تَدۡعُواْ فَلَهُ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰۚ وَلَا تَجۡهَرۡ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتۡ بِهَا وَٱبۡتَغِ بَيۡنَ ذَٰلِكَ سَبِيلٗا

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.


KETUJUH BELAS. Ayat 111, Surah Al-Isra'

وَقُلِ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِي لَمۡ يَتَّخِذۡ وَلَدٗا وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ شَرِيكٞ فِي ٱلۡمُلۡكِ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ وَلِيّٞ مِّنَ ٱلذُّلِّۖ وَكَبِّرۡهُ تَكۡبِيرَۢا

Maksudnya:

Dan katakanlah: "Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!"


KELAPAN BELAS. Ayat 115, Surah Al-Mukminun

أَفَحَسِبۡتُمۡ أَنَّمَا خَلَقۡنَٰكُمۡ عَبَثٗا وَأَنَّكُمۡ إِلَيۡنَا لَا
تُرۡجَعُونَ

Maksudnya:

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"


KESEMBILAN BELAS. Ayat 116, Surah Al-Mukminun

فَتَعَٰلَى ٱللَّهُ ٱلۡمَلِكُ ٱلۡحَقُّۖ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡكَرِيمِ

Maksudnya:

Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.


KEDUA PULUH. Ayat 117, Surah Al-Mukminun

وَمَن يَدۡعُ مَعَ ٱللَّهِ إِلَٰهًا ءَاخَرَ لَا بُرۡهَٰنَ لَهُۥ بِهِۦ فَإِنَّمَا حِسَابُهُۥ عِندَ رَبِّهِۦٓۚ إِنَّهُۥ لَا يُفۡلِحُ ٱلۡكَٰفِرُونَ

Maksudnya:

Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya.


KEDUA PULUH SATU. Ayat 118, Surah Al-Mukminun

وَقُل رَّبِّ ٱغۡفِرۡ وَٱرۡحَمۡ وَأَنتَ خَيۡرُ ٱلرَّٰحِمِينَ

Maksudnya:

Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!"


KEDUA PULUH DUA. Ayat 1 hingga 11, Surah As-Shaffat

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَٱلصَّٰٓفَّٰتِ صَفّٗا 1 فَٱلزَّٰجِرَٰتِ زَجۡرٗا 2 فَٱلتَّٰلِيَٰتِ ذِكۡرًا 3  إِنَّ إِلَٰهَكُمۡ لَوَٰحِدٞ 4 رَّبُّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَهُمَا وَرَبُّ ٱلۡمَشَٰرِقِ  5  إِنَّا زَيَّنَّا ٱلسَّمَآءَ ٱلدُّنۡيَا بِزِينَةٍ ٱلۡكَوَاكِبِ  6 وَحِفۡظٗا مِّن كُلِّ شَيۡطَٰنٖ مَّارِدٖ  7 لَّا يَسَّمَّعُونَ إِلَى ٱلۡمَلَإِ ٱلۡأَعۡلَىٰ وَيُقۡذَفُونَ مِن كُلِّ جَانِبٖ  8  دُحُورٗاۖ وَلَهُمۡ عَذَابٞ وَاصِبٌ  9 إِلَّا مَنۡ خَطِفَ ٱلۡخَطۡفَةَ فَأَتۡبَعَهُۥ شِهَابٞ ثَاقِبٞ  10 فَٱسۡتَفۡتِهِمۡ أَهُمۡ أَشَدُّ خَلۡقًا أَم مَّنۡ خَلَقۡنَآۚ إِنَّا خَلَقۡنَٰهُم مِّن طِينٖ لَّازِبِۢ 11

Maksudnya:

Demi (hamba-hambaKu) yang berbaris dengan berderet-deret - (Hamba-hambaKu) yang melarang (dari kejahatan) dengan sesungguh-sungguhnya - (Hamba-hambaKu) yang membaca kandungan Kitab Suci; (Sumpah demi sumpah) sesungguhnya Tuhan kamu hanyalah Satu - Tuhan (yang mencipta serta mentadbirkan) langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya, dan Tuhan (yang mengatur) tempat-tempat terbit matahari. Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan hiasan bintang-bintang. Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka; (Dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit, dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru, Untuk mengusir mereka; dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus. Kecuali sesiapa di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi. (Setelah nyata kekuasaan Kami) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka (yang ingkarkan hidupnya semula orang-orang mati): Adakah diri mereka lebih sukar hendak diciptakan, atau makhluk-makhluk lain yang Kami telah ciptakan? Sesungguhnya Kami telah mencipta mereka dari tanah liat (yang senang diubah dan diciptakan semula).


KEDUA PULUH TIGA. Ayat 33 hingga 40, Surah Ar-Rahman

يَٰمَعۡشَرَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ إِنِ ٱسۡتَطَعۡتُمۡ أَن تَنفُذُواْ مِنۡ أَقۡطَارِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ فَٱنفُذُواْۚ لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلۡطَٰنٖ  33 فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ  34 يُرۡسَلُ عَلَيۡكُمَا شُوَاظٞ مِّن نَّارٖ وَنُحَاسٞ فَلَا تَنتَصِرَانِ  35 فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ  36 فَإِذَا ٱنشَقَّتِ ٱلسَّمَآءُ فَكَانَتۡ وَرۡدَةٗ كَٱلدِّهَانِ  37 فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ  38 فَيَوۡمَئِذٖ لَّا يُسۡ‍َٔلُ عَن ذَنۢبِهِۦٓ إِنسٞ وَلَا جَآنّٞ  39  فَبِأَيِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ 40

Maksudnya:

Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)! Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu); Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak; Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya); Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


KEDUA PULUH EMPAT. Ayat 21 hingga 24, Surah Al-Hasyr

لَوۡ أَنزَلۡنَا هَٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ عَلَىٰ جَبَلٖ لَّرَأَيۡتَهُۥ خَٰشِعٗا مُّتَصَدِّعٗا مِّنۡ خَشۡيَةِ ٱللَّهِۚ وَتِلۡكَ ٱلۡأَمۡثَٰلُ نَضۡرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ  21  هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِي لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ عَٰلِمُ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّهَٰدَةِۖ هُوَ ٱلرَّحۡمَٰنُ ٱلرَّحِيمُ  22 هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِي لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡمَلِكُ ٱلۡقُدُّوسُ ٱلسَّلَٰمُ ٱلۡمُؤۡمِنُ ٱلۡمُهَيۡمِنُ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡجَبَّارُ ٱلۡمُتَكَبِّرُۚ سُبۡحَٰنَ ٱللَّهِ عَمَّا يُشۡرِكُونَ  23  هُوَ ٱللَّهُ ٱلۡخَٰلِقُ ٱلۡبَارِئُ ٱلۡمُصَوِّرُۖ لَهُ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰۚ يُسَبِّحُ لَهُۥ مَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ  24

Maksudnya:

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.


KEDUA PULUH LIMA. Ayat 1 hingga 4, Surah Al-Jiin

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

قُلۡ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ ٱسۡتَمَعَ نَفَرٞ مِّنَ ٱلۡجِنِّ فَقَالُوٓاْ إِنَّا سَمِعۡنَا قُرۡءَانًا عَجَبٗا  1  يَهۡدِيٓ إِلَى ٱلرُّشۡدِ فَ‍َٔامَنَّا بِهِۦۖ وَلَن نُّشۡرِكَ بِرَبِّنَآ أَحَدٗا  2  وَأَنَّهُۥ تَعَٰلَىٰ جَدُّ رَبِّنَا مَا ٱتَّخَذَ صَٰحِبَةٗ وَلَا وَلَدٗا  3  وَأَنَّهُۥ كَانَ يَقُولُ سَفِيهُنَا عَلَى ٱللَّهِ شَطَطٗا  4

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan! `Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami. `Dan (ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak. `Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah) bahawa sesungguhnya: (ketua) yang kurang akal pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran;


KEDUA PULUH ENAM. Ayat 1 hingga 6, Surah Al-Kaafirun

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

قُلۡ يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ  1  لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ  2  وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ  3  وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٞ مَّا عَبَدتُّمۡ  4  وَلَآ أَنتُمۡ عَٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ  5  لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِيَ دِينِ  6

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir! "Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. "Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. "Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".


KEDUA PULUH TUJUH. Ayat 1 hingga 4, Surah Al-Ikhlas

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ  1  ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ  2  لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ  3  وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدُۢ  4

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".


KEDUA PULUH LAPAN. Ayat 1 hingga 5, Surah Al- Falaq

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلۡفَلَقِ  1  مِن شَرِّ مَا خَلَقَ  2  وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ  3  وَمِن شَرِّ ٱلنَّفَّٰثَٰتِ فِي ٱلۡعُقَدِ  4  وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ  5

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, "Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; "Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; "Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); "Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".


KEDUA PULUH SEMBILAN. Ayat 1 hingga 6, Surah An- Naas

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ  1  مَلِكِ ٱلنَّاسِ  2  إِلَٰهِ ٱلنَّاسِ  3  مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ  4  ٱلَّذِي يُوَسۡوِسُ فِي صُدُورِ ٱلنَّاسِ  5  مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ 6

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia."Yang Menguasai sekalian manusia, "Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, "Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, - "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, - "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".

Kelebihan Berusaha

Firman Allah S.w.t:"Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) - masa untuk mencari rezeki?"
(Surah An-Naba':11)

Firman Allah S.w.t:"Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur."
(Surah Al-A'raf:10)

Firman Allah S.w.t:"Tidaklah mengapa kalau kamu mencari kurniaan Tuhanmu (rezeki)"
(Surah Al-Baqarah:198)

Firman Allah S.w.t:"Dan yang lain sedang berjalan di muka bumi untuk mencari kurniaan Allah". (Surah Al-Muzammil:20)

Firman Allah S.w.t:"Maka bertebaranlah di muka bumi dan carilah kurnia Allah"
(Surah Al-Jumuah:10)

Nabi S.a.w bersabda:"Sebahagian dari dosa ialah dosa yang tiada dihapuskan, melainkan oleh kesusahan pada mencari penghidupan".

Nabi S.a.w bersabda:"Saudagar yang benar, akan dibangkitkan pada hari kiamat bersama orang-orang siddiq dan orang-orang syahid"
(Diriwayatkan At-Tirmizi dan Al-Hakim dari Abi Sa'id)

Nabi S.a.w bersabda:"Barangsiapa mencari dunia secara halal, menjaga diri dari meminta-minta, berusaha untuk keluarga dan menaruh kasih sayang kepada jiran tetangga, nescaya ia menjumpai Allah S.w.t, sedang wajahnya seperti bulan pada malam purnama".
(Diriwayatkan oleh Abu Syeikh dan Al-Baihaqi dari Abu Hurairah, dengan sanad dhaif)

"Adalah Nabi S.a.w duduk bersama para sahabatnya pada suatu hari, lalu mereka itu melihat seorang pemuda yang tabah dan kuat. Ia pagi-pagi benar pergi berusaha. Maka mereka itu berkata:"Alangkah baiknya, pemuda ini, kalau adalah mudanya dan tabahnya fi sabilillah!"

Maka Nabi S.a.w menjawab:"Jangan engkau mengatakan itu! Kerana kalau ia berusaha untuk dirinya, supaya ia tercegah dari meminta-mintai dan ia tidak memerlukan kepada pertolongan orang lain, maka dia itu sudah fi sabilillah. Dan kalau ia berusaha untuk kedua ibu bapanya yang lemah atau keturunannya yang lemah, untuk memenuhi dan mencukupkan keperluan mereka, maka ia sudah fi sabi lillah. Dan kalau ia berusaha untuk membanggakan diri dan membanyakkan harta, maka ia sudah fi sabili syaitan (pada jalan syaitan).
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani dari Kaab bin 'Ajrah, sanad dhaif)

Nabi S.a.w bersabda:" Sesungguhnya Allah menyukai hambaNya yang mengambil sesuatu pekerjaan untuk memperoleh kecukupan daripada meminta bantuan orang lain. Dan Allah S.w.t memurkai hambaNya yang mempelajari ilmu pengetahuan yang diperbuatnya ilmu itu untuk perusahaan".

Pada suatu hadis tersebut:" Sesungguhnya Allah S.w.t mencintai orang mukmin yang berusaha". Dan Nabi S.a.w bersabda:"Yang lebih halal dari apa yang dimakan oleh seseorang ialah dari hasil usahanya sendiri. Dan segala jual beli itu mempunyai kebajikan". Dan pada hadis yang lain tersebut:"Yang lebih halal dari apa yang dimakan oleh seorang hamba ialah usaha dari tangan pekerja apabila ia bekerja dengan jujur".

Dan Nabi S.a.w bersabda:"Haruslah kamu berniaga kerana pada perniagaan itu 9/10 dari rezeki!."

Dan diriwayatkan, bahawa Nabi Isa A.s melihat seorang lelaki, lalu bertanya:"Apakah yang engkau kerjakan?"
Lelaki itu menjawab:"Aku beribadah".
Nabi Isa A.s bertanya lagi:"Siapakah yang menanggung perbelanjaanmu?"
Lelaki itu menjawab:"Saudara saya!"
Lalu Nabi Isa A.s menyambung:"Saudaramu lebih banyak ibadahnya daripada kamu!"

Nabi S.a.w bersabda:"Sesungguhnya aku tiada mengetahui sesuatu yang mendekatkan kamu ke syurga dan menjauhkan kamu dari neraka melainkan aku suruh kamu dengan dia. Dan sesungguhnya aku tiada mengetahui sesuatu yang menjauhkan kamu dari syurga dan mendekatkan kamu ke neraka, melainkan aku larang kamu daripadanya. Sesungguhnya malaikat Jibrail menghembuskan ke dalam hatiku, bahawa nyawa itu tidak mati sehingga ia memperoleh dengan sempurna akan rezekinya, walaupun terlambat daripadanya. Maka bertaqwalah kepada Allah dan bertindaklah dengan baik dalam mencari rezeki!" Nabi S.a.w menyuruh dengan tindakan yang baik dalam mencari dan beliau tidak mengatakan: Tinggalkanlah mencari!"
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abid-Dunya dan Al-Hakim dari Ibnu Mas'ud)

Dari Nabi S.a.w bersabda:"Barangsiapa membuka kepada dirinya satu pintu dari meminta-minta, nescaya dibukakan oleh Allah kepadanya 70 pintu dari kemiskinan".
(Diriwayatkan oleh At-Tirmuzi dari Abi Kabsyah)

Mengahwini Kerana Agama

Dari Anas r.a, Nabi S.a.w bersabda:"Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya dan kecantikannya, nescaya ia tidak akan memperoleh kecantikan dan hartanya itu. Dan barangsiapa mengahwini wanita kerana agamanya, nescaya dianugerahkan oleh Allah kepadanya hartanya dan kecantikannya".
(Hadis riwayat At-Thabrani)

Dari Abdullah bin Umar, Nabi S.a.w bersabda:"Janganlah dikahwini wanita itu kerana kecantikannya. Mungkin kecantikannya itu merendahkannya. Dan jangan kerana hartanya. Mungkin hartanya itu, menderhakakannya. Dan kahwinlah wanita itu kerana agamanya!"
(Hadis riwayat Ibnu Majah, dengan sanad dhaif)

Memilih wanita yang beragama itu penting dan harus diperhatikan sungguh². Kerana kalau wanita itu lemah keagamaannya, dalam menjaga dirinya dan kemaluannya, nescaya ia akan melipati suaminya. Ia menghitamkan wajah suaminya di muka orang ramai. Ia mengacaukan hati suaminya dengan kecemburuan. Dan ia mengeruhkan kehidupan suaminya dengan yang demikian itu.

Kalau suami itu menempuh jalan penjagaan dan kecemburuan, nescaya selalulah dia dalam percubaan dan bencana. Dan kalau suami itu menempuh jalan kemudahan, nescaya jadilah ia bermudah² dengan agama dan kehormatannya. Dan termasuklah ia orang yang kurang penjagaan dan berpendirian tegas.

Dan apabila bersama kerosakan budi, wanita itu cantik, maka bencananya lebih hebat lagi. Kerana suami itu sulit berpisah dengan dia. Tak sabar jauh dari padanya dan tak sampai hati menyakitkannya.

Kalau wanita itu perosak agama, dengan menghabiskan harta suaminya atau dengan cara lain, nescaya sentiasalah kehidupan suami itu keruh. Kalau berdiam diri, tidak ditentangnya, nescaya ia sekongkol dengan kemaksiatan.

Firman Allah S.w.t, maksudnya:"Peliharalah dirimu dan kaum keluargamu dari api neraka!" (Surah At-Tahrim:6)

Kalau ditentangnya dan berbantah, nescaya keruhlah seumur hidupnya, dan kerana itulah dengan tegas Rasulullah S.a.w mendorong supaya berkahwin dengan yang beragama.

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi S.a.w bersabda:"Wanita itu dikahwini kerana hartanya, kecantikannya, keturunannya dan keagamaannya. Maka haruslah engkau dengan yang beragama. Kalau tidak, nescaya melekatlah kedua tanganmu ke tanah!"
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dan juga penting memilih wanita yang baik budi pekertinya dalam mencari keselesaan hati dan pertolongan dalam agama. Kerana apabila wanita itu keras, kasar lidah dan jahat budi pekerti serta kufur kepada kenikmatan, nescaya adalah kemelaratan lebih banyak daripadanya dibandingkan dengan kemanfaatan. Dan dapat bersabar terhadap lidah kaum wanita, adalah termasuk hal² yang mendapat ujian para wali daripadanya.

Berkata setengah orang Arab:" Jangan engkau kahwini wanita yang enam ini iaitu yang ananah, yang mananah, yang hananah, yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah.

Adapun yang ananah iaitu wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat mengikat kepalanya. Maka mengahwini wanita yang memperalatkan sakit atau mengahwini wanita yang membuat² sakit, tak adalah kebajikan padanya.

Dan yang mananah iaitu wanita yang suka membangkit² terhadap suaminya. Wanita itu mengatakan :"Aku perbuat demikian dan demikian kerana kanda".

Dan yang hananh iaitu wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain atau anaknya dari suami yang lain. Dan inipun termasuk yang harus dijauhi.

Dan yang hadaqah iaitu wanita yang melemparkan pandangan dan matanya kepada setiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya dan memaksakan suami untuk membelinya.

Dan yang baraqah pula ada dua pengertian. Yang pertama ialah wanita itu sepanjang hari mengilatkan mukanya dan menghiaskannya, supaya mukanya berkilat yang diperoleh dari buatannya itu. Yang kedua ialah wanita itu marah kepada makanan. Ia tak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya dari tiap² makanan itu.

Dan yang syadaqah ialah wanita yang nyinyir banyak perkataan.

Nabi S.a.w bersabda:" Sesungguhnya Allah S.w.t memarahi orang² yang banyak bicara tak menentu lagi yang nyinyir".
(Hadis riwayat At-Tirmizi dari Jabir)

Hadis Tentang Akal

Dari Aisyah r.a bahawa Aisyah mengatakan:"Aku bertanya:"Wahai Rasulullah! Dengan apakah manusia memperoleh kelebihan di dunia?". Menjawab Nabi S.a.w:"Dengan akal!". Lalu aku bertanya lagi: "Di akhirat?". Menjawab Nabi S.a.w:"Dengan akal!". Bertanya aku lagi:"Bukankah mereka dibalas dengan sebab amalnya?". Menjawab Nabi S.a.w:"Hai Aisyah! Adakah mereka itu beramal, selain sekadar akal yang dianugerahkan Tuhan kepadanya? Maka menurut kadar akal yang diperoleh mereka, begitulah adanya amal mereka. Dan menurut kadar amal itu mereka diberi balasan".
(Diriwayatkan oleh Ibnu Mahbar dari Aisyah)

Bersabd Nabi S.a.w:" Orang Mukmin yang paling dikasihi Allah, ialah orang yang tegak berdiri dalam mentaatiNya, memberi nasihat kepada hambaNya, sempurna akalnya dan menasihati dirinya, lalu ia dapat melihat yang benar. Dan mengerjakan amal selama hidupnya, maka ia memperoleh keuntungan dan mendapat kemenangan".
(Diriwayatkan oleh Ibnu Mahbar dari Ibnu Umar)

Bersabda Nabi S.a.w:"Yang paling sempurna akal di antara kamu ialah orang yang paling takut kepada Allah S.w.t dan yang paling baik perhatiannya tentang apa yang disuruh dan dilarang Allah, meskipun sedikit berbuat amalan sunat".
(Diriwayatkan oleh Ibnu Mahbar dari Ibnu Qatadah)

Bersabda Nabi S.a.w:" Tidak adalah usaha seseorang seperti keutamaan akal, yang memberi petunjuk kepada yang empunya akal itu kepada petunjuk dan menariknya dari jalan yang hina. Tidak sempurnalah iman seseorang dan tidak berdiri tegak agamanya sebelum akalnya itu sempurna".
(Diriwayatkan oleh Ibnu Mahbar dari Umar r.a)

Qada' Solat

Sesiapa yang luput solat Zuhur sampai kepada waktu Asar, maka hendaklah ia mengerjakan solat zuhur dahulu, kemudian baru mengerjakan solat Asar.

Kalau ia memulai dengan Asar, memadai juga tetapi telah meninggalkan yang lebih utama dan menjerumuskan diri ke dalam persoalan yang diperselisihkan.

Kalau ia mendapati imam, maka hendaklah mengerjakan solat Asar, kemudian barulah ia mengerjakan Zuhur sesudahnya. Kerana berjemaah dengan solat ada' (solat dalam waktunya), adalah lebih utama.

Kalau ia bersolat sendirian pada awal waktu, kemudian ia mendapati solat jama'ah, maka bersolatlah lagi dalam jama'ah dan meniatkan solat waktu itu. Allah S.w.t akan menghitung mana yang dikehendakiNya. Kalau ia meniatkan solat yang tertinggal (solat qada') atau meniatkan solat sunat, maka boleh lah yang demikian.

Kalau ia telah bersolat jama'ah, kemudian memperoleh lagi jama'ah lain, maka hendaklah ia meniatkan solat yang tertinggal (solat qada') atau solat sunat. Kerana mengulangi solat yang sudah dilaksanakan dengan jama'ah, sekali lagi, tak ada alasan baginya. Cara berbuat demikian, adalah untuk memperoleh keutamaan berjama'ah semata-mata.

Istilah Yang Digunakan Di Dalam Ulum Hadis

Antara istilah² yang digunakan dalam Ulum al-hadith ialah sebagaimana berikut:

1. Sanad

Al- Sanad ialah jalan yang menghubungkan kepada matan. Ia juga bermaksud jalan yang menyampaikan kepada hadis.

Sanad dari segi bahasa ialah sesuatu yang kita bersandar kepadanya, seperti tembok, dinding dan sebagainya.

Sanad dari segi istilah hadis ia membawa maksud jalan yang menyampaikan kepada matan hadis. Dalam erti kata lain, ia bermaksud rangkaian perawi di dalam tabaqat.


2. Perawi

Perawi ialah orang yang meriwayatkan hadis.


3. Matan

Matan dari segi bahasa ialah pertengahan jalan.

Matan dari segi istilah ialah lafaz² hadis yang membentuk pengertian. Dengan kata lain ialah kata² atau lafaz² yang terletak sesudah perawi bermula daripada akhir sanad. Konteks lain, ia bermaksud hadis Nabi yang di akhir sanad.


4. Isnad

Isnad ialah menyandarkan sesuatu hadis kepada orang yang meriwayatkannya. Kadang² juga ia digunakan dengan makna al-Sanad. Ertikata lain, ia bermaksud menyebutkan hadis itu kepada orang yang menyatakannya.


5. Musnid

Al-Musnid ialah orang yang meriwayatkan hadis dengan isnadnya samada ia mengetahui ilmu hadis atau tidak. Ia juga disebut musabbid, iaitu orang yang meriwayatkan hadis dengan isnadnya.


6. Musnad

Musnad ialah nama bagi kitab² yang dikumpulkan di dalamnya apa² yang diriwayatkan oleh seorang sahabat atau lebih, seperti: Musnad Imam Ahmad. Ia juga bermaksud kitab yang dikumpulkan hadis di dalamnya yang diriwayatkan oleh seorang sahabat atau lebih.


7. Muhaddis

Muhaddis ialah orang yang mengetahui tentang hadis, sama ada Riwayah atau Dirayah dan kecacatannya. Juga mengetahui perawi² hadis daripada riwayat² yang ada pada zamannya dan mengingati sejumlah besar matan hadis daripada kitab yang sahih.

Konteks lain, muhaddis ialah mereka mengetahui perkara² yang luar biasa dan menguasai serta menghafaz kurang daripada 100 000 buah hadis. Antara mereka ialah:

a. Abu Bakr Ahmad Ibn Marwan al-Maliki.

b. Imam Abu Qasim Abdul Rahman.

c. Imam al-Busiri Hibatu Allah.

d. Imam Muhammad Ibn Abu Jamrah.

e. Imam Ahmad Ibn Hajar al-Haytimi.

Untuk itu Muhaddis ialah orang yang banyak menghafaz hadis serta menegtahui sifat² orang yang meriwayatkan tentang adil dan kecacatannya.


8. Muhafiz / Al-Hafiz

Dari segi bahasa, muhafiz ialah orang yang menghafaz.

Al-Hafiz dari sudut istilah pula, para ulama salaf mengatakan ia sama dengan muhaddis. Ada yang mengatakan, mereka ialah orang yang menghafaz sebanyak 100 000 buah hadis yang bersanad. Antara mereka yang mendapat darjat ini ialah:

a. Ibn Majah.

b. Abdul Rahman Ibn Mahdi.

c. Abu Bakr Ibn Shaybah.

d. Muhammad Ibn Hibban.

e. Abdul Rahman Ibn Abu Hatim al-Razi.

Untuk itu, hafiz ialah orang yang menghafaz sebanyak 100 000 hadis dengan isnadnya.


9. Hujjah

Hujah lebih tinggi daripada darjat hafiz, di samping itu mereka memiliki sifat yang ada pada hafiz. Mereka menghafaz hadis yang bersanad sebanyak 300 000 buah hadis dari segi matan, sanad, jarh, ta'dil serta sejarahnya. Antara mereka ialah:

a. Abu al-Huzayl Muhammad Ibn al-Walid al-Hims.

b. Ma'mar Ibn Rasyid.

c. Malik Ibn Ismail al-Hindi.

d. al-Hajjaj Ibn Minhal.

e. Abdullah Ibn Yusuf al-Kalla'i.


10. Hakim

Hakim ialah martabat yang tertinggi bagi ahli hadis. Iaitu orang yang menegtahui di dalam segenap hal di dalam perkara yang bersangkutan dengan hadis dan menghafaz hadis dengan bilangan yang lebih banyak daripada mereka yang telah disebutkan di atas.

Hakim juga adalah gelaran bagi mereka yang dapat menguasai serta menhafal lebih dariapda 700 000 buah hadis yang diriwayatkan dari segi sanad, matan, Jarh, ta'dil dan sejarahnya. Antara mereka yang mencapai martabat Hakim ialah:

a. Imam Malik Ibn Anas.

b. Imam Ahmad Ibn Hanbal.

c. Imam al-Bukhari.

d. Imam Muslim.

e. Imam at-Tirmizi


Jenayah Zina

Pengertian zina

Fuqaha' telah memberikan berbagai pengertian tertentu tentang zina ialah:

1. Menurut pengertian umum,zina ialah melakukan persetubuhan terhadap perempuan yang bukan milik secara sah, sedang penzina itu adalah seorang yang waras, baligh, dengan kemahuan sendiri serta ia mengetahui perbuatan yang dilakukannya itu adalah haram.

2. Perbuatan zina ialah pencabulan terhadap kemaluan perempuan yang diharamkan melalui persetubuhan haram yang bukan miliknya dan bukan milik yang kesamaran.

3. Perbuatan zina ialah melakukan persetubuhan haram terhadap faraj perempuan yang hidup, dengan kerelaannya sendiri, yang dilakukan di dalam negeri atau tempat yang menjalankan perundangan Islam, pada wanita yang bukan miliknya dan bukan milik secara kesamaran, dan bukan hak milik secara perkahwinan atau bukan milik secara perkahwinan yang kesamaran.


SYARAT HAD ZINA

Seseorang itu mestilah dikenakan had zina sama ada direjam atau disebat apabila mempunyai syarat berikut:

1. Cukup umur.
2. Waras
3. Kemahuannya sendiri
4. Jelas kelakian dan kewanitaannya, iaitu bukan khunsa.
5. Masuk kesemua hasyafah dalam faraj.
6. Persetubuhan yang bukan syubhat.


SABIT ZINA

Sesuatu persetubuhan haram secara umumnya dikira sabit sebagai perbuatan zina dengan tiga cara:

1. Disaksikan oleh 4 orang lelaki yang cukup syaratnya.
2. Pengakuan penzina yang cukup syaratnya.
3. Qarinah.


KETERANGAN SAKSI

Jumhur Ulama sepakat menyatakan sabit kesalahan dan had zina terhadap seseorang mestilah dengan penyaksian 4 orang saksi lelaki yang adil.

Firman Allah S.w.t:

وَٱلَّٰتِي يَأۡتِينَ ٱلۡفَٰحِشَةَ مِن نِّسَآئِكُمۡ فَٱسۡتَشۡهِدُواْ عَلَيۡهِنَّ أَرۡبَعَةٗ مِّنكُمۡۖ

Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka.  (Surah An-Nisa':15)

Syarat saksi terhadap kes zina itu telah ditetapkan seramai 4 orang berdasarkan.

Firman Allah:

وَٱلَّذِينَ يَرۡمُونَ ٱلۡمُحۡصَنَٰتِ ثُمَّ لَمۡ يَأۡتُواْ بِأَرۡبَعَةِ شُهَدَآءَ فَٱجۡلِدُوهُمۡ ثَمَٰنِينَ جَلۡدَةٗ وَلَا تَقۡبَلُواْ لَهُمۡ شَهَٰدَةً أَبَدٗاۚ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik; -
(Surah An-Nur:4)

Seandainya saksi tersebut tidak cukup syaratnya seperti yang telah ditetapkan oleh syara', maka pendakwa mesti lah dikenakan had qazaf, iaitu sebatan sebanyak 80 kali.
Imam Syafi'i berpendapat bahawa tidak mengapa saksi² tersebut datang secara serentak semuanya atau secara berasingan. Semuanya dikira sah dalam memberikan keterangan. Saksi² yang datang memberikan keterangan secara berasingan itu lebih baik kerana ia boleh mengelakkan daripada berlaku pendustaan atau kemungkinan mereka sama² bersepakat untuk memberi keterangan palsu.


PENGAKUAN PENZINA

Menurut pendapat ulama syafi'i ialah pengakuan yang dibuat oleh penzina tidak semestinya sebanyak empat kali dan tidak perlu pada majlis yang berlainan. Pengakuan menjadi sah dan sudah memadai sekali sahaja, selagi tidak ada sebarang keraguan terhadap pengakuan penzina yang menyebabkan pengakuan itu ditolak.
Ulama Syafi'i berpendapat demikian kerana keterangan saksi dan pengakuan yang dibuat oleh penzina sendiri tidak sama keadaannya. Keterangan saksi terhadap orang lain mestilah diteliti dan mestilah ada empat orang saksi untuk mengelakkan daripada berlaku pembohongan. Manakala pengakuan penzina adalah terhadap diri sendiri. Mereka berpendapat demikian kerana Nabi menerima pengakuan Ma'iz dan merejamnya setelah beliau membuat pengakuan sebanyak empat kali. Itu adalah untuk memastikan ia benar² melakukan zina dan pengakuannya itu adalah dengan hati terbuka, dan ia benar² waras dan rela.

Berdasarkan kisah Ma'iz dan perempuan al-Ghamidiyyah, jumhur ulama sepakat mengatakan bahawa sabit kesalahan zina dan dikenakan had apabila pengakuan dibuat oleh penzina walaupun tanpa kehadiran pasangan mereka atau walaupun pasangan mereka menolak pengakuan pasangan yang membuat pengakuan zina dengannya. Ini kerana Ma'iz dan perempuan al-Ghamidiyyah direjam tanpa kehadiran pasangan mereka.


QARINAH

Imam Syafi'i berpendapat bahawa qarinah tidak semestinya dapat diterima dan bukan sebab yang membolehkan seseorang itu dikenakan had. Di mana menurut pendapat mereka, seseorang perempuan yang didapati mengandung tanpa suami tidak semestinya ia berzina, walaupun ia bukan seorang perempuan baik. Kerana kemungkinan besar ia telah dirogol, atau berlaku persetubuhan syubhat atau dipaksa.
Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, maksudnya:"Hendaklah kau elakkan (gugurkanlah) daripada menjatuhkan had apabila kamu dapati ada halangan atau syubhat."


HAD ZINA

Had kesalahan jenayah zina secara umumnya terbahagi kepada dua jenis,iaitu:

1.Rejam
2.Sebat dan buang daerah.


HUKUMAN REJAM DAN PENDAPAT ULAMA

Hukuman rejam sampai mati tersebut hanya dilaksanakan terhadap pasangan lelaki dan perempuan yang telah berkahwin dan bersetubuh (muhsan dan muhsanah) secara sah. Hukuman itu terdapat dalam nas al-Quran yang telah dimansuhkan bacaan serta tulisannya, namun hukumannya masih terus dikekalkan, di mana ayat tersebut sebelum dinasakhkan dari segi tulisan dan bacaan adalah sebahagian dari Surah al-Nur:

Terjemahan: Lelaki tua dan perempuan tua apabila keduanya berzina maka rejamlah keduanya sebagai balasan daripada Allah.
Hukuman rejam tersebut juga terdapat dalam hadis sahih serta sunnah fi'liyyah Baginda S.a.w.

Sabda Baginda S.a.w yang diriwayatkan daripada 'Ubadah bin al-Saamit yang bermaksud:"Ambillah daripadaku, sesungguhnya Allah telah menetapkan cara untuk mereka (terlepas dariapda dosa) dara dengan pria, hendaklah disebat 100 kali dan dibuang daerah setahun. Manakala yang telah berkahwin hendaklah disebat 100 kali dan direjam dengan batu."

Nabi S.a.w juga bersabda:" Orang tua lelaki dan orang tua perempuan yang berzina, maka rejamlah kedua²nya."

Walaupun hadis yang pertama di atas ada kekeliruan di mana penzina yang telah berkahwin hendaklah disebat 100 kali sebatan dan direjam, namun pendapat jumhur ulama ialah penzina yang telah berkahwin hanya direjam sampai mati sahaja, tanpa disebat lagi. Mereka berpendapat demikian berdasarkan dalil hadis lain dan Sunnah fi'liyyah dalam hadis sahih di mana Baginda S.a.w hanya merejam Ma'iz dan perempuan al-Ghamidiyyah serta terhadap dua orang Yahudi tanpa menyebat mereka dengan 100 sebatan.
Jumhur ulama berpendapat demikian juga dengan menambah lagi yang mana sebenarnya hukuman sebatan 100 kali terhadap penzina yang belum kahwin adalah sebagai pengajaran dan bukan untuk mematikan. Oleh itu sekiranya pasangan yang telah berkahwin itu disebat 100 kali sebelum direjam tidak ada guna terhadap mereka dan pengajaran itu tidak ada faedahnya, sebab mereka akan direjam sehingga mati selepas itu.

Pendapat jumhur ulama adalah dikira sah dan tepat. Di mana mereka menetapkan bahawa hukuman rejam itu telah sah dan memang jelas dengan perlaksanaan serta hadis Nabi S.a.w yang berbentuk qauliyyah dan fi'liyyah serta amalan para sahabat. Jumhur berhujah, walaupun hadis tersebut asalnya hadis Ahad, namun berdasarkan amalan Nabi S.a.w dan amalan para sahabat ia telah mencapai darjah yang tinggi dan sahih serta harus mentakhsiskan al-Quran yang umum dan wajib diterima penetapan hukumnya.


HUKUMAN SEBATAN DAN BUANG DAERAH SERTA PENDAPAT ULAMA

Hukum tersebut adalah terhadap penzina yang bukan muhsan. Hukuman sebatan 100 kali telah dijelaskan dalam al-Quran.

Firman Allah S.w.t:

ٱلزَّانِيَةُ وَٱلزَّانِي فَٱجۡلِدُواْ كُلَّ وَٰحِدٖ مِّنۡهُمَا مِاْئَةَ جَلۡدَةٖۖ

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat;  (Surah An-Nur:2)

Manakala hamba pula mestilah dikenakan sebatan separuh daripada sebatan terhadap orang yang yang merdeka. Iaitu sebanyak 50 kali sebatan.

Firman Allah S.w.t:

   مَا عَلَى ٱلۡمُحۡصَنَٰتِ مِنَ ٱلۡعَذَابِۚ

..kemudian setelah mereka (hamba-hamba perempuan itu) berkahwin, lalu mereka melakukan perbuatan keji (zina), maka mereka dikenakan separuh dari (hukuman) seksa yang ditetapkan ke atas perempuan-perempuan yang merdeka. (Surah Al-Nisa:25)

Dalam keadaan lain juga Rasulullah S.a.w bersabda (maksudnya):"Jika ia (hamba perempuan) berzina, maka sebatlah, sekiranya ia berzina lagi, maka ia berzina lagi, maka juallah ia walaupun dengan nilai seutas tali."

Tentang hukum buang daerah yang dilaksanakan di samping sebatan 100 kali seperti yang dijelaskan dalam hadis, ulama berpendapat iaitu hukum buang daerah adalah wajib dan ia hendaklah dilaksanakan serentak dengan hukuman sebatan 100 kali. Mereka berpendapat demikian kerana hukuman buang daerah itu juga adalah hukuman hudud yang sama dengan hukuman sebatan.

Sebatan dan buang daerah merupakan hukuman terhadap penzina yang bukan muhsan, berdasarkan hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan Tirmizi, yang bermaksud,:"Ambillah dariku, sesungguhnya Allah S.w.t telah menentukan bagi mereka yang dara dengan teruna rotan 100 kali dan dibuang daerah selama setahun, sesiapa yang telah berkahwin dengan yang telah berkahwin pula ialah sebatan 100 kali dan direjam."

Keutamaan Wudhu

Bersabda Rasulullah S.a.w:"Barangsiapa berwudhu,lalu dibaguskannya wudhunya dan dikerjakannya solat dua rakaat di mana ia tidak berbicara dengan dirinya dalam wudhu dan solat itu, sesuatu dari hal duniawi, nescaya keluarlah dia daripada segala dosanya seperti hari ia dilahirkan oleh ibunya".
(Diriwayatkan Al-Bukhari dan Muslim dari Usman bin 'Affan)

Dan pada riwayat yang lain. Dan ia tiada lalai di dalam wudhu dan solat itu, nescaya diampunkan apa yang terdahulu daripada dosanya.

Bersabda Nabi S.a.w pula:"Adakah tidak aku khabarkan kepadamu, dengan apa ditutupkan oleh Allah segala kesalahan dan diangkat ke darjat tinggi? Iaitu melengkapkan wudhu dengan terpeliharanya daripada makruh, mengangkatkan tapak kaki ke masjid dan menunggu solat sesudah solat. Maka kelengkapan wudhu itu tiga² kali".
(Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Nabi S.a.w berwudhu sekali², seraya bersabda:"Inilah wudhu yang tidak diterima Allah solat selain dengan ini".

Dan Nabi S.a.w berwudhu dua² kali, seraya bersabda:"Barangsiapa berwudhu dua² kali, nescaya didatangkan oleh Allah kepadanya pahala dua kali".

Dan Nabi S.a.w berwudhu tiga² kali, seraya bersabda:"Inilah wudhuku dan wudhu nabi² sebelumku dan wudhu kesayangan Tuhan, Ibrahim a.s".
(Hadis riwayat Ibnu Majah dari Ibnu Umar, isnad dhaif)

Bersabda Nabi S.a.w:"Barangsiapa mengingati Allah ketika berwudhu, nescaya disucikan oleh Allah tubuhnya seluruhnya. Dan barangsiapa tiada mengingati Allah, nescaya tiada disucikan oleh Allah daripada tubuhnya selain yang kena air saja".
(Hadis riwayat Daraquthni dari Abu Hurairah, isnad dhaif)

Bersabda Nabi S.a.w:"Barangsiapa berwudhu, di mana ia masih di dalam suci (wudhu), nescaya dituliskan Allah baginya sepuluh kebaikan".

Bersabda Nabi S.a.w:"Berwudhu di atas wudhu (ertinya, masih lagi ada wudhu), maka itu adalah nur di atas nur".

Hadis² tadi semua adalah mengajak supaya membaharukan wudhu, meskipun ada wudhu.

Bersabda Nabi S.a.w:"Apabila berwudhulah seorang hamba muslim, lalu ia berkumur², nescaya keluarlah segala kesalahan dari mulutnya. Dan apabila ia membersihkan hidungnya, maka keluarlah segala kesalahan dari hidungnya. Apabila ia membasuh mukanya, maka keluarlah segala kesalahan dari mukanya, sehingga keluarlah segala kesalahan itu dari pinggir bawah kedua matanya. Apabila ia membasuh kedua tangannya, nescaya keluarlah segala keslahan dari kedua tangannya, sehingga keluarlah segala kesalahan itu dari bawah kuku²nya. Apabila ia menyapu kepalanya, nescaya keluarlah segala kesalahan dari kepalanya, sehingga keluarlah segala kesalahan itu dari bawah kedua telinganya. Dan apabila ia membasuh kedua kakinya, nescaya keluarlah segala kesalahan dari kedua kakinya, sehingga keluarlah dari bawah kuku² kedua kakinya itu. Kemudian adalah perjalanannya ke masjid dan solatnya itu sunat baginya".
(Hadis riwayat An-Nasa-i dan Ibnu Majah dari Ash-Shahabihi, isnad sahih)

Diriwayatkan bahawa Nabi S.a.w bersabda:"Sesungguhnya orang yang bersuci itu adalah seperti orang berpuasa".

Bersabda Nabi S.a.w:"Barangsiapa berwudhu, lalu dibaguskannya wudhu itu, kemudian diangkatkannya matanya ke langit, lalu membaca:

اَشْهَدُ اَنْ لَااِلٰهَ اِلَّااللهُ وَحْدَهُ لَاشَرِيْكَ لَهٗ وَاَشْهَدُاَنَّ مُحَمَّدًاعَبْدُهٗ وَرَسُوْلُهٗ،

Maksudnya:"Aku mengaku bahawasanya tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, yang tiada sekutu bagiNya dan RasulNya". Nescaya dibukakan baginya pintu syurga kelapan, ia masuk ke mana yang disukainya".
(Hadis riwayat Abu Daud dari 'Uqabah bin 'Amir)

Berkata Umar r.a:"Sesungguhnya wudhu yang baik, mengusirkan syaitan daripada engkau".

Berkata Mujahid:"Barangsiapa sanggup tiada tidur malam, selain dia dalam keadaan suci, berzikir dan memohon keampunan Allah, maka hendaklah ia berbuat. Maka sesungguhnya segala nyawa itu dibangkitkan di dalam keadaan waktu diambil dahulu".

Fadhilat Khusyu' Dalam Solat

Berfirman Allah S.w.t:"Kerjakanlah solat untuk mengingati Aku!".
(Surah Tha Ha:14)

Berfirman Allah S.w.t:"Janganlah engkau termasuk orang² yang alpa".
(Surah Al-A'raaf:205)

Berfirman Allah S.w.t:" Janganlah kamu hampiri solat ketika kamu sedang mabuk, sampai kamu mengetahui apa yang kamu katakan".
(Surah An-Nisaa':43)

Ada yang mengatakan: mabuk dari banyak angan². Dan ada yang mengatakan: mabuk dari cinta kepada dunia.

Berkata Wahb:"Yang dimaksudkan dengan mabuk itu secara zahirnya saja iaitu memperingati kepada mabuk dunia, kerana diterangkan oleh Allah sebabnya, dengan firmanNya:"Sampai kamu mengetahui apa yang kamu katakan".

Berapa banyak orang yang bersolat yang tidak minum khamar (arak), padahal dia tiada mengetahui apa yang dibacanya dalam solat.

Bersabda Nabi S.a.w:"Barangsiapa mengerjakan solat dua rakaat, di mana ia tidak berbicara dengan dirinya dalam dua rakaat itu mengenai sesuatu urusan duniawi, nescaya diampunkan baginya apa yang telah lalu daripada dosanya".
(Hadis riwayat Ibnu Abi Syaibah dari Shillah bin Usyaim-hadis mursal)

Bersabda Nabi S.a.w:"Sesungguhnya solat itu menetapkan hati, menundukkan diri, merendahkan hati, merapati batin, menyesali diri. Dan engkau meletakkan dua tangan engkau seraya membaca:"Ya Allah ya Tuhanku! Ya Allah, ya Tuhanku!". Barangsiapa tiada berbuat demikian, maka solat itu penuh kekurangan²".
(Hadis riwayat At-Tirmidzi dan lain² dari Al-Fadl bin Abbas, dengan isnad yang tidak diyakini)

Diriwayatkan bahawa Allah S.w.t berfirman dalam kitab² yang dahulu:"Tidaklah tiap² orang yang mengerjakan solat itu, Aku terima solatnya. Hanya Aku terima solat orang yang merendahkan diri kerana kebesaranKu, tiada menyombong dengan hamba²Ku dan memberi makanan kepada orang miskin yang lapar kerana Aku".

Bersabda Nabi S.a.w:"Sesungguhnya diwajibkan solat, disuruh mengerjakan haji dan tawaf dan disuruh syi'arkan segala ibadah haji itu, adalah kerana menegakkan zikir (mengingati) Allah S.w.t".
(Hadis riwayat At-Tirmidzi dari Aisyah, hadis hasan (baik) dan sahih)

Apabila tidak ada di dalam hatimu untuk yang tersebut tadi, yang mana itulah yang dimaksudkan dan yang dicari, kerana kebesaran dan tidak kehebatan, maka apakah harganya zikirmu itu?

Bersabda Nabi S.a.w kepada orang yang diberinya wasiat:" Apabila engkau mengerjakan solat, maka bersolatlah sebagai solat orang yang mengucapkan selamat tinggal". Maksudnya mengucapkan selamat tinggal kepada dirinya, kepada hawa nafsunya dan kepada umurnya, berjalan kepada Tuhannya, sebagaimana firman Allah S.w.t:" Hai manusia! Sesungguhnya engkau mesti bekerja keras dengan sesungguhnya (menuju) kepada Tuhan, kemudian itu kamu akan menemuiNya".
(Surah Al-Insyiqaq:6)

Berfirman Allah S.w.t:"Bertaqwalah kepada Allah! Allah mengajar kamu".
(Surah Al-Baqarah:282)

Berfirman Allah S.w.t:"Dan bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu akan menemui Dia".
(Surah Al-Baqarah:223)

Bersabda Nabi S.a.w:"Barangsiapa tidak dicegah oleh solatnya daripada perbuatan keji dan munkar, maka dia tidak bertambah dekat kepada Allah melainkan bertambah jauh".
(Hadis riwayat Ali bin Ma'bad dari Al-Hasan,hadis mursal dengan isnad sahih)

Solat itu adalah munajah dengan Allah. Maka bagaimanakah ada munajah itu serta kelalaian?

Berkata Bakr bin Abdullah:"Hai anak Adam! Apabila kamu bermaksud masuk kepada Tuhanmu tanpa izin dan berbicara dengan Dia tanpa juru bahasa, maka masuklah!".

Lalu orang bertanya:"Bagaimanakah yang demikian itu?".

Maka menjawab Bakr bin Abdullah:"Engkau lengkapkan wudhumu dan engkau masuk ke mihrabmu. Apabila engkau telah masuk kepada Tuhanmu dengan tanpa izin itu, maka berbicaralah dengan Dia tanpa ada juru bahasa!".

Dari Aisyah r.a:"Adalah Rasulullah S.a.w bercakap² dengan kami dan kami pun bercakap² dengan beliau. Maka apabila datang waktu solat, lalu seolah² beliau tidak mengenal kami dan kami pun tidak mengenal beliau", kerana seluruh jiwa raga tertuju kepada Allah.
(Hadis riwayat Al-Azdi dari Suwaid bin Ghaflah, hadis mursal)

Bersabda Nabi S.a.w:"Allah tidak memandang kepada solat di mana orang itu di dalam solatnya tidak menghadirkan hatinya serta badannya".

Adalah Nabi Ibrahim a.s apabila berdiri kepada solat, lalu terdengar detak jantungnya pada jarak dua mil. Dan adalah Sa'id At-Tunukhi apabila mengerjakan solat, maka tiada putus²nya air mata dari dua pipinya ke atas janggutnya.

Rasulullah S.a.w melihat seorang lelaki bermain² dengan janggutnya dalam solat, maka beliau bersabda:"Jikalau khusyuk lah hati orang ini, nescaya khusyuklah anggota² badannya".
(Hadis riwayat At-Tirmidzi dari Abu Hurairah, dengan sanad dhaif)

Diriwayatkan bahawa Al-Hasan memandang kepada seorang lelaki yang bermain² dengan batu dan berdoa:"Ya Allah, ya Tuhanku! Kahwinkanlah aku dengan bidadari!".

Maka berkata Al-Hasan:"Buruk benarlah pelamar yang semacam ini! Engkau melamarkan bidadari, sedang engkau bermain² dengan batu".

Ditanyakan kepada Khalf bin Ayyub:"Tidakkah diganggu engkau oleh lalat dalam solat engkau sehingga perlu engkau usir lalat itu?".

Menjawab Khalf bin Ayyub:"Tidak aku biasakan bagi diriku sesuatu yang merosakkan solatku".

Maka ditanyakan lagi:"Bagaimanakah engkau bisa tahan yang demikian itu?".

Menjawab Khalf bin Ayyub:"Orang menceritakan kepadaku bahawa penjahat² tahan dari pukulan cemeti² sultan, supaya dikatakan:"Bahawa si Anu itu tahan menderita". Lalau mereka itu merasa bangga dengan demikian. Adapun aku berdiri di hadapan Tuhanku, maka patutkah aku bergerak kerana seekor lalat?".

Diriwayatkan dari Muslim bin Yassar, bahawa apabila ia bermaksud mengerjakan solat, maka ia berkata kepada keluarganya:"Bercakap²lah kamu sesama kamu, sedang aku tidak mendengar percakapanmu itu!".

Diriwayatkan dari Muslim bin Yassar tadi bahawa pada suatu hari ia mengerjakan solat di masjid jamik Basrah. Maka robohlah suatu sudut dari masjid itu. Lalu berkumpullah manusia ke sana. Sedang Muslim tadi tiada mengetahuinya sama sekali, sehingga selesailah ia daripada solatnya itu.

Adalah Ali bin Abi Talib r.a apabila datang waktu solat, maka gementarlah badannya dan berubahlah warna mukanya. Lalu ia ditanyakan orang:"Apakah yang menimpakan kepada engkau wahai Amirul Mukminin?".

Ali menjawab:"Telah datang waktu amanah yang didatangkan oleh Allah kepada langit, bumi dan bukit, maka semuanya ini enggan menerimanya dan merasa berat daripadanya. Dan aku menerimanya".

Diriwayatkan dari Ali bin Al-Husain, bahawa apabila ia mengambil wudhu maka pucatlah warna mukanya. Lalu bertanyalah keluarganya:"Apakah yang menimpakan kamu ketika berwudhu?".

Maka menjawab Ali bin Al-Husain:"Tahukah kamu dihadapan siapa aku mau berdiri?".

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a bahawa ia berkata:"Berdoalah Nabi Daud a.s dalam munajahnya:"Wahai Tuhanku! Siapakah yang mendiami rumah Engkau dan siapakah yang Engkau terima solatnya?"

Maka diturunkan Allah wahyu kepada Daud a.s:"Wahai Daud! Sesungguhnya yang mendiami rumahKu dan yang Aku terima solatnya ialah orang yang merendahkan diri kerana keagunganKu, menghabiskan siangnya dengan mengingati Aku, mencegah dirinya dari hawa nafsu kerana Aku, diberinya makanan kepada orang yang lapar, diberinya tempat kepada orang yang merantau dan dikasihaninya orang yang mendapat musbah. Itulah orang yang bercahaya nurnya pada segala langit laksana matahari. Kalau ia berdoa kepadaKu nescaya Aku terima dan kalau ia meminta kepadaKu nescaya Aku berikan. Aku jadikan baginya di dalam kebodohannya akan kasih sayang, di dalam kelalaiannya akan peringatan dan di dalam kegelapannya akan nur yang terang benderang. Di dalam kalangan manusia adalah laksana syurga firdaus pada lapisan syurga yang paling tinggi, tiada kering sungainya dan tiada berubah buah-buahannya".

Diriwayatkan dari Hatim Al-Ashamm r.a bahawa ditanyakan orang mengenai solatnya, maka ia menjawab:"Apabila datang waktu solat, maka aku lengkapkan wudhu dan aku datangi tempat di mana di situ aku bermaksud mengerjakan solat. Maka aku duduk pada tempat itu, sehingga berkumpullah segala anggota badanku. Kemudian aku berdiri kepada solatku, aku jadikan kaabah di antara dua keningku, titian siratul mustaqim di bawah tapakku, syurga di kananku, neraka di kiriku, malaikat maut di belakangku, aku menyangka solat ini pengabisan solatku, kemudian aku berdiri di antara harap dan cemas. Aku bertakbir dengan penuh keyakinan, aku membaca bacaan dengan bacaan yang baik, aku rukuk dengan merendahkan diri, aku sujud dengan khusyuk hati, aku duduk atas punggung kiri dan aku bentangkan belakang tapak kiri, aku tegakkan tapak kanan atas ibu jari kaki dan aku ikutkan keikhlasan hati. Kemudian aku tiada mengetahui, apakah solatku itu diterima atau tidak".

Berkata Ibnu Abbas r.a:"Dua rakaat solat dengan sempurna tafakkur adalah lebih baik daripada mengerjakan solat semalam suntuk sedang hati itu lupa".

Lagu Ya Thaybah- Haddad Alwi Dilarang

Rupanya nasyid Ya Thayybah yang selama ini didendangkan oleh umat Islam di Malaysia & Indonesia sebenarnya lagu nasyid yang diambil dari nasyid syiah !
Mulai Hari ini dan Seterusnya…
 
Jangan lagi Umat Islam ikut menyanyikan Nasyid ini..!
Selain Musik itu di larang, Lirik Lagu ini adalah Lagu Syi’ah !
Pujian ‘Ghuluw’ (berlebih-lebihan) kepada Manusia (Ali).
Kaum Syi’ah sangat meng-Agungkan dan meng-Kultuskan Ali.
 
Dibalik lagu “Yaa Thaybah” ini ada kultus dan penuhanan kepada ‘Ali bin Abi thalib, dan berlebih-lebihan dalam memuji hasan dan husain maka lagu ini sangat jarang ditemukan terjemahannya, bila diterjemahkan kedalam bahasa Indonesia sering diputar maknanya, padahal jika difahami dalam kaidah ‘arabnya bermakna pemujaan kepada ‘Ali, Hasan, dan Husain.

Inilah liriknya, dalam versi ‘arab, latin, dan terjemahannya :

يَا طَيْبَة يَا طَيْبَة يَا دَوَالْعيَا نَا
اِشْتَقْنَا لِكْ وَالْهَوَى نَدَانَا، وَالْهَوَى نَدَانَا
يَا عَلِىَّ يَاابْنَ اَ بِى طَا لِبْ
مِنْكُمُ مَصْدَرُ المَوَا هِبْ
يَا تُرَ ى هَلْ ءُرَى لِى حَاجِبْ
عِنْدُكُمْ اَفضَلُل الغِلمَاَنَ اَفضَلُل الغِلمَاَ نَ
اَسْيَادِي الْحَسَنْ وَالحُسيْنِ
اِلَى النَّبِيِ قُرَّ ةْ عَيْنِ
يَا شَبَا بَ الجَنَّتَيْنِ
جَدُّكُمْ صَا حِبُ القُرْ آنَ صَا حِبُ القُرْ آنَ


yaa thaybah, yaa thaybah, yaa thaybah, yaa thaybah, yaa dawal’ayanaa
isytaqnaa lika wal hawaa nadaana, wal hawa nadaana
yaa ‘aliy yaa ibna abi thalib
minkum mashdarul mawahib
yaa tura hal ura liy haajib
‘indakum afdhalul ghilmana, afdhalul ghilmana
asyadiy alhasan wal husaini
ila annabiy qurrata ‘aini
yaa syababal jannataini
jaddukum shahibul qurana, shahibul qurana


Maksudnya:

Wahai sang penawar, wahai sang penawar, wahai penyejuk mata kami
kami merindukanmu dan hawa itu telah memanggil kami, dan hawa itu telah memanggil kami
Wahai Ali wahai putera Abi Tholib
darimulah sumber keutamaan
wahai engkau yang dilihat (maksudnya ‘Ali) apakah tirai menjadi pengghalang bagiku (dari melihatmu)
sedang disisimu memiliki dua orang sebaik-baik anak, dua orang sebaik-baik anak
sayyidku Al-Hasan dan Al-Husain
sebagai Cahaya mata nabi
Wahai dua pemuda surga
kakekmu ahli quran.. ahli quran


Di mana letak penuhanannya ?
Ada pada 3 kalimat berikut :

Pertama:

يَا دَوَالْعيَا نَا
اِشْتَقْنَا لِكْ وَالْهَوَى نَادَانَا، وَالْهَوَى نَادَانَا
yaa dawal’ayanaa
wal hawaa nadaana, wal hawa nadaana

Maksudnya :
wahai penyejuk mata kami
kami telah merindukanmu dan hawa itu telah memanggil kami, dan hawa itu telah memanggil kami


Kedua: 

يَا عَلِىَّ يَاابْنَ اَ بِى طَا لِبْ
مِنْكُمُ مَصْدَرُ المَوَا هِبْ
yaa ‘aliy yaa ibna abi thalib
minkum mashdarul mawahib

Maksudnya :

Wahai Ali wahai putera Abi Tholib
darimulah sumber keutamaan


dan ketiga pada kalimat ini:

يَا تُرَ ى هَلْ ءُرَى لِى حَاجِبْ
yaa tura hal ura liy haajib

Maksudnya :

wahai engkau yang dilihat (maksudnya ‘Ali) apakah tirai menjadi penghalang bagiku (dari melihatmu).
_______________

Sungguh jika dilihat pada tiga kalimat diatas nyatalah mereka kufur kepada Allah, tidak ada kerinduan mereka kepada Allah, mereka tidak ingat kepada Allah ketika mengucapkan kalimat-kalimat itu. Seakan-akan semua hidup dan mati hanya dipersembahkan untuk keluarga ‘Ali dengan melupakan Allah.

Bagaimanapun, Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu adalah manusia biasa, bukan Tuhan. Di dalam nyanyian itu sampai disanjung sebegitu, dianggap, dari Ali lah sumber anugerah-anugerah atau bakat-bakat atau keutamaan-keutamaan. Ini sangat berlebih-lebihan alias ‘ghuluw.’

Bahkan Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam sendiri melarang kita Umatnya, agar jangan terlalu berlebihan Memuji dan memuja diri beliau. Pada diri beliau yang Mulia saja terlarang, apalagi pada diri Orang lain. Tentu hal itu di Larang Keras ..!

لاَ تُطْرُوْنِيْ كَمَا أَطْرَتِ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُ فَقُوْلُوْا عَبْدُ اللهِ وَرَسُوْلُهُ (رواه البخاري)

“Janganlah kalian memuji / menyanjung aku secara berlebihan, sebagaimana kaum Nasrani menyanjung Isa bin Maryam. Aku hanyalah hamba-Nya, maka katakanlah ‘hamba Allah dan Rasul-Nya”

حَدَّثَنَا الْحُمَيْدِيُّ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ قَالَ سَمِعْتُ الزُّهْرِيَّ يَقُولُ أَخْبَرَنِي عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ سَمِعَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ عَلَى الْمِنْبَرِسَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تُطْرُونِي كَمَا أَطْرَتْ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُ
فَقُولُوا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ

Telah bercerita kepada kami Al Humaidiy telah bercerita kepada kami Sufyan berkata, aku mendengar Az Zuhriy berkata, telah mengabarkan kepadaku ‘Ubaidullah bin ‘Abdullah dari Ibnu ‘Abbas radliallahu ‘anhua bahwa dia mendengar ‘Umar radliallahu ‘anhum berkata di atas mimbar, “Aku mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Janganlah kalian melampaui batas dalam memujiku (mengkultuskan) sebagaimana orang Nashrani mengkultuskan ‘Isa bin Maryam. Sesungguhnya aku hanyalah hamba-Nya, maka itu katakanlah ‘abdullahu wa rasuuluh (hamba Allah dan utusan-Nya”).
(HR. Bukhari)




Lagu Ya Taybah, Versi Arab- Syeikh Misyari Rasyid (Sebenar)

ya taybah ya taybah ya dawa al-ayyana
 eshta`nalik wil hawa nadana

 lamma sar ilmarkab nasani
 saro we`dam`i ma jafani
 akhado albi ma` jinani
 ya tayba ya teem alwalhana

 qiblati baytu`llahi sabir
 allani laki yawman za`ir
 ya tura hal tarani nathir lil K`abah
 w`toghmurni `bamana

 nabina aghla umniyati
 azorak lo marra `b hayati
 wib jiwarak salli salati
 wathkur rabbi watlu `l Qurana

 bushrakil`Madina bushraki
 biqudom ilHadi ya bushraki
 fa hal li ma`wa fi himaki
 atamalla fa`nnooru sabana
 noorukom sabana


Maksudnya:

Wahai Taybah, wahai Taybah,
Penawar kepada yang sabar
Kami merinduimu
Dan kecintaan telah membawakanku kepadamu

Aku tertinggal ketika kapal berlayar
Mereka berlayar pergi dan tangisanku tidak mengering
Mereka telah membawa pergi jiwa dan ragaku bersama
Wahai Taiba, kau cinta orang yang terganggu

Korus

Arah sembahyangku (Kiblat ku), Rumah Allah, Aku bersabar
Mungkin suatu hari akan datang melawatimu
Aku tertanya-tanya, adakah aku akan melihat Kaabah dan merasa kagum dengan keselamatannya..

Korus

Nabi kami, impian tertinggiku, ialah melawatimu,
Sekurang-kurangnya sekali seumur hidupku dan dekat dengan kamu, untuk menjalankan ibadahku untuk memuji Tuhanku, dan membaca Qur'an

Korus

Wahai Madinah, betapa beruntungnya kamu
dengan kedatangan bintang petunjuk itu
Izinkan aku berlindung disisimu
Benarlah, cahayamu telah mengagumkan aku.



Hudud

Hudud adalah kata jamak daripada perkataan Had. Menurut pengertian bahasa ia bermaksud untuk mencegah atau menyekat di antara dua perkara atau benda dan ia juga membawa maksud halangan.

Hudud menurut pengertian istilah umum ialah hukuman tertentu terhadap perbuatan jahat iaitu suatu bentuk hukuman keseksaan yang mana bentuk dan kadarnya telah ditentukan oleh Allah S.w.t dan syara', dan ia mestilah dilaksanakan untuk menjaga hak Allah S.w.t dan kepentingan masyarakat awam.

Hudud menurut pengertian yang lain ialah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah S.w.t dalam al-Quran serta ditetapkan oleh Nabi S.a.w melalui hadis Baginda. Contohnya, hukuman rejam terhadap penzina yang tidak muhsan telah ditetapkan sebanyak 100 kali sebatan.

Sebagaimana firman Allah S.w.t,
maksudnya:" Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap² seorang dari keduanya seratus kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah S.w.t dan hari akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang yang beriman."
(Surah Al-Nur 24:2)

Hudud menurut istilah yang lain ialah balasan keseksaan yang telah ditentukan kadarnya oleh syara' untuk menjaga hak Allah S.w.t dan hak manusia dan kemaslahatan umum.

Walaupun pada dasarnya hukum hudud adalah tentang perkara yang berkaitan hak Allah S.w.t dan manusia, namun perlaksanaannya bertujuan untuk menjaga kepentingan masyarakat imum, ketenteraman dan supaya dapat memberi pengajaran kepada penjenayah dan faedah kepada masyarakat umum.

Dalam masalah hukum hudud tersebut, tiada sesiapapun yang dapat memberi syafa'at atau menguggurkan kesalahan jenayah hudud yang telah sabit kesalahan dengan bukti syara', dan setelah penjenayah dibawa ke mahkamah.


Jenis-Jenis Hudud

1. Berzina.
2. Qazaf.
3. Minum Arak
4. Mencuri.
5. Merompak dan menyamun.
6. Memberontak
7. Murtad.

Jenayah

Pengertian jenayah terbahagi kepada dua:

Jenayah menurut pengertian bahasa ialah segala perbuatan dosa dan tercela.

Jenayah menurut pengertian istilah ialah kesalahan dan perbuatan yang dilarang di sisi undang² syara' dan pesalah dikenakan hukuman hudud, qisas atau ta'zir. Iaitu segala perbuatan jahat yang dilakukan dengan tujuan untuk menceroboh harta benda, kehormatan, anggota dan tubuh badan manusia serta semua kesalahan yang meliputi perbuatan jahat, baik kesalahan tersebut berkaitan dengan hak Allah, seperti minum arak, tidak berpuasa, tidak sembahyang dan kesalahan berkaitan dengan hak manusia, seperti mencuri dan menceroboh.


Secara terprinci, ulama Islam telah membahagikan undang² jenayah kepada beberapa bahagian berikut:

A. Hudud.
B. Qisas, Kifarat dan Diyat.
C. Ta'zir.

Konsep Hukum Jenayah

1. Menjaga nyawa dan kehormatan jiwa manusia daripada jenayah seperti pembunuhan.

2. Menjaga kewarasan akal dari segala benda yang memabukkan seperti arak dan dadah.

3. Menjaga agama daripada dicalari kesuciannya.

4. Menjaga keturunan dan zuriat manusia daripada bercampur dengan keturunan dan benih yang tidak baik iaitu daripada jenayah zina.

5. Menjaga harta benda daripada dirampas, dirompak, dicuri dan sebagainya.


Tujuan Hukum Jenayah

Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna. Oleh itu, undang² jenayah yang terkandung dalam syariatnya juga menyeluruh dan sempurna. Antara tujuannya penetapannya ialah:

1. Hukum jenayah yang ditetapkan bertujuan untuk membasmi dan mencegah kerosakan, baik pada diri, agama dan masyarakat serta negara.

2. Untuk membawa pengajaran dan pembalasan yang setimpal, dan tujuan kebaikan dan kemaslahatan.

3. Islam juga mensyariatkan hukuman jenayah yang bertujuan untuk mencegah, dan memberi pengajaran serta peringatan kepada penjenayah yang dikenakan hukuman supaya tidak mengulangi buat kali seterusnya.

4. Hukuman jenayah yang ditetapkan juga adalah untuk menakutkan manusia supaya tidak melakukan kemusnahan dan penderhakaan kepada Allah.

5. Untuk menghapus dosa penjenyah dan melepaskan mereka dariapada azab yang lebih pedih di akhirat nanti.

Sihat Itu Nikmat Yang Mudah Dilupakan

Ketika melihat atau menziarahi orang sakit, kita baru sedar betapa mahal dan luar biasa nikmat yang telah Allah s.w.t berikan kepada kita. Sedangkan sebelumnya kita seakan² lupa akan nikmat yang satu ini.

Ibnu Batthal menyatakan:"Seseorang tidaklah dikatakan memiliki waktu luang hingga badannya juga sihat. Barangsiapa yang memiliki dua nikmat ini (iaitu waktu senggang dan nikmat sihat), jangan sampai ia tertipu dengan meninggalkan syumur pada Allah atas nikmat yang diberikan.

Bersyukur adalah dengan melaksanakan setiap perintah dan menjauhi setiap larangan Allah. Barangsiapa yang luput daripada syukur seperti ini, maka dialah yang tertipu."


Ibnu Al-Jauzi menyatakan:"Terkadang manusia berada dalam keadaan sihat, namun ia tidak memiliki waktu luang kerana sibuk dengan urusan dunianya. Dan terkadang pula seseorang memiliki waktu luang, namun ia dalam keadaan tidak sihat. Apabila terkumpul pada manusia waktu luang dan nikmat sihat, sungguh akan datang rasa malas dalam melakukan amalan ketaatan. Itulah manusia yang telah tertipu (terpedaya)."

Ibnu Al-Jauzi juga menyatakan:"Intinya, dunia adalah ladang beramal untuk menuai hasil di akhirat kelak. Dunia adalah tempat kita menjajakan barang dagangan, sedangkan keuntungannya akan diraih di akhirat nanti.

Barangsiapa yang memanfaatkan waktu luang dan nikmat sihat dalam rangka melakukan ketaatan, maka dialah yang akan berbahagia. Sebaliknya, barangsiapa memanfaatkan kedua² dalam maksiat, dialah yang betul² tertipu. Sesudah waktu luang akan datang waktu yang penuh kesibukan. Begitu pula sesudah sihat akan datang keadaan sakit yang tidak menyenangkan."


Umar bin Al-Khattab r.a menyatakan:"Aku tidak suka melihat seseorang yang berjalan seenaknya tanpa mengendahkan ini dan itu, iaitu tidak peduli penghidupan dunianya dan tidak pula sibuk dengan urusan akhiratnya."



Kandungan Rokok

Rokok mengandungi berbagai² jenis bahan yang berbahaya. Katakan TAK NAK pada ROKOK!

A. Asid Asetik
Pembersih lantai mengandungi asid asam asetik.

B. Naptalin
Bola² pewangi pakaian mengandungi zat beracun naptalin.

C. Asetanisol
Bahan yang terdapat dalam minyak wangi.

D. Hidrogen Sianida
Racun tikus dapat membunuh kerana mengandungi hidrogen sianida.

E. Kadmium
Bahan yang digunakan dalam bateri untuk menjalankan berbagai jenis alat permainan.

F. Metanol
Zat yang biasa digunakan sebagai bahan bakar.

G. Sodium Hiroksida
Bahan ini kebiasaannya digunakan dalam ubat penghilang bulu ketiak atau kaki yang akan menyebabkan rasa panas dan perit.

H. Formalin
Bahan ini biasa digunakan untuk mengawet katak, rama² dan berjenis² serangga.

I. Geranol
Geranol ialah zat aktif dalam pestisida.

J. Toluena
Bensin bermanfaat untuk menjalankan kenderaan. Manusia tidak minum bensin kerana bensin adalah racun, salah satu zatnya bernama toulena.

K. Hidrasin
Persamaan antara pesawat bermesin roket dan ROKOK adalah sama² mengandungi hidrasin.

L. Cinnamaldehyde
Rokok mengandungi cinnamaldehyde, bahan yang ada dalam racun anjing dan kucing.

M. Urea
Zat yang terdapat air seni, yang berguna untuk dakwat, cat, pupuk dan banyak lagi.

N. Polonium-210
Seorang bekas pengintip Rusia membunuh dengan cara yang jarang digunakan, iaitu menggunakan isotop radioaktif polonium-210.


Sumber: Kementerian Kesihatan Republik Indonesia

Uban Rasulullah S.a.w

1. Nabi S.aw hanya mempunyai uban yang sedikit sahaja di kepala dan janggutnya iaitu sekitar 14 hingga 20 urat sahaja.

2. Oleh sebab uban Nabi S.a.w sedikit sahaja, maka apabila Baginda memakai minyak rambut, ubannya tidak nampak ketara kerana ditutupi oleh minyak.

3. Punca uban di kepala Nabi S.a.w adalah kerana memikirkan kegemparan kiamat dan azab Allah yang terdapat dalam surah Hud dan surah² seumpamanya.


Hukum Mencabut Uban

Terdapat larangan Nabi S.a.w daripada mencabut uban di mana Baginda S.a.w bersabda, maksudnya:"Janganlah kamu mencabut uban kamu kerana ia sesungguhnya menjadi nur (cahaya) bagi seorang Muslim pada hari kiamat."

Dalam Sahih Muslim, sahabat Nabi S.a.w iaitu Anas bin Malik r.a berkata:"Dimakruhkan ke atas seorang lelaki mrncabut rambut putih (yakni uban) di kepala dan janggutnya".

Menurut majoriti ulama (termasuk mazhab asy-Syafi'i dan Maliki); larangan hadis di atas adalah larangan makruh. Sebahagian ulama berkata, larangan itu adalah larangan haram.

4 Jenis Hati Menurut Imam Al-Ghazali

1. Hati yang bersih, umpama pelita yang bersinar gemilang. Maka itulah hati orang yang beriman.

2. Hatu yang hitam terbalik, maka itulah hati orang yang ingkar (kafir).

3. Hati terbungkus yang terikat dengan bungkusannya, maka itulah hati orang yang munafik.

4. Hati yang melintang, padanya iman dan nifak.

Manfaat Ayat² Suci Al-Quran

1. Menambah ketenangan jiwa.

2. Menggilangkan rasa gugup.

3. Mengekang tindakan tidak rasional daripada emosi negatif.

4. Menyebuhkan masalah mudah pitam.

5. Mempertajam kemampuan dalam mengambil keputusan yang paling tepat.

6. Menghindari kegusaran dan kegelisahan jiwa.

Rahsia Mudah Bangun Solat Tahajjud

1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin nenunaikan solat tahajud.

2. Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.

3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.

4. Membaca ayat² al-Quran.

Kuatkan Iman Dan Istiqamah Menghalau Sedih

Kesedihan ialah penyakit rohani atau penyakit mental yang boleh dihalau dengan keimanan uang kukuh dan sikap istiqamah, sebagaimana firman Allah S.w.t:

Maksudnya:"Sesungguhnya orang² yang menegaskan keyakinannya dengan berkata,"Tuhan kami ialah Allah." Kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (daripada sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita."
(Surah Al-Ahqaf 46:13)

Dalam kitab Madarij as Salikin, Ibnu Qayyim al-Jauziyyah telah menukilkan pendapat² para ulama al-Amilin (ikhlas bekerja untuk Islam) sebagaimana berikut:

Sayidina Abu Bakar r.a berkata: "Janganlah engkau mempersekutukan Allah dengan sesuatu apa pun".

Sayidina Umar Al-Khattab r.a berkata:"Istiqamah itu kamu berdiri terus mematuhi suruhan dan larangan Allah tanpa berubah² seperti musang".

Sayidina Uthman r.a berkata:"Ikhlas beramal kerana Allah semata²".

Sayidina Ali r.a dan Ibnu Abbas r.a berkata:"Berterusan dalam menunaikan kewajipan yang difardhukan".

Hasan al-Basri rhm berkata:"Berpegang teguhlah kepada perintah Allah, lakukan dengan ketaatan padaNya dan jauhilah maksiat dan kederhakaan kepadaNya".

Ibnu Taimiyah rhm berkata:"Mencintai Allah dan mengabdi kepadaNya tanpa berpaling ke kiri dan ke kanan".

Ibnu Taimiyah rhm berkata:"Sehebat² karamah adalah melazimkan sesuatu perkara dengan istiqamah."

Justeru, jika seseorang boleh berjalan di atas air atau boleh terbang di udara, ia bukanlah bukti bahawa Allah memuliakannya dengan karamah melainkan setelah dapat berpegang teguh dengan kebenaran yang berupa segala perintah mahupun larangan Allah kerana istiqamah adalah satu²nya syarat untuk mendapatkan karamah.

Petua Meredakan Penyakit Dengan Halia

A. Mengubati sakit reumatik, sakit kepala dan migrain.

• Minum air halia 3 kali sehari.
• Daun halia yang ditumbuk dan dicampurkan sedikit air boleh digunakan sebagai pereda sakit kepala dan boleh dipercikkan ke muka orang yang sedang menggigil.
• Umbisinya ditumbuk dan direbus di dalam air mendidih selama lebih kurang 1/2 jam.
• Airnya dapat diminum sebagai ubat untuk memperkuat pencernaan makanan dan mengusir gas di dalamnya, mengubati hati yang membengkak, batuk dan demam.

B. Mengubati reumatik panas

• Letakkan umbisi halia di atas api atau bara api dan kemudian ditumbuk.
• Tampalkan tumbukan halia pada bahagian tubuh yang sakit.
• Cara lain adalah dengan ditumbuk bersama cengkih dan ditampalkan pada bahagian tubuh yang mengalami reumatik.

C. Mengubati luka kerana melecet, ditikam benda tajam, terkena duri, jatuh, serta gigitan ular.

• Halia merah ditumbuk.
• Tambahkan sedikit garam.
• Letakkan pada bahagian tubuh yang luka.

D. Penyakit gatal kerana sengatan serangga

• Halia ditumbuk.
•Campur dengan sedikit garam.
• Tampalkan pada luka pada bekas gigitan ular beracun (hanya sebagai pertolongan pertama sebelum penderita dibawa menemui doktor).

E. Mengubati ekzema

• Parutan lobak dicampur dengan air halia.
• Ramuan ini dilumurkan pada bahagian kulit yang terkena ekzema.
• Biasanya dalam waktu dua minggu sahaja penyakit tersebut akan berkurangan.

F. Mencegah mabuk perjalanan

• Masukkan lebih kurang dua inci halia yang telah diketuk ke dalam satu gelas aur panas.
• Campurkan madu secukupnya, lalu diminum.
•Boleh juga digunakan sepertiga sudu serbuk halia.
• Jika mampu, boleh makan dua potong halia mentah.

Kandungan Halia

Firman Allah S.w.t
Maksudnya:"Dan mereka di dalam Syurga itu diberi minum sejenis minuman yang campurannya daripada Zanjabil (halia).
(Surah Al-Insan 76:17)

Sifat khas halia disebabkan adanya minyak astri dan oleoresin halia. Aroma harum halia disebabkan oleh minyak atsiri, sedangkan oleoresinnya menyebabkan rasa pedas.

Minyak atsiri dapat diperoleh daripada rizom halia kering. Ekstrak minyak halia berbentuk cairan kental berwarna kuning, kehijauan, berbau harum tetapi tidak memiliki komponen pembentuk rasa pedas.

Kandungan minyak atsiri dalam halia kering sekitar 1-3 peratus. Halia banyak mengandungi komponen pembentuk rasa pedas.

Menurut kitab² perubatan Islam, halia (zanjabil) dapat mengatasi masalah kelemahan kesihatan seperti sakit dada, jantung, lelah, lemah paru², angin dalam badan, mengubati darah, penghadaman, usus serta membuang keracunan badan.

Sejak dahulu halia digunakan sebagai ubat, ramuan masakan dan aneka keperluan lainnya. Halia dapat merangsang kelenjar pencernaan, baik untuk membangkitkan nafsu makan dan pencernaan.

Halia yang digunakan sebagai ramuan dalam masakan berkhasiat untuk menambah nafsu makan, memperkuat rusuk dan membaiki pencernaan. Hal ini kerana terangsangnya selaput lendir perut besar dan usus oleh minyak atsiri.

Minyak halia yang berbau harum dan berkhasiat mencegah serta mengubati mual dan muntah, misalnya kerana mabuk kenderaan atau pada alahan wanita yang hamil. Rasanya yang tajam merangsang nafsu makan, memperkuat otot usus, membantu mengeluarkan gas usus serta membantu fungsi jantung.

Dalam pengubatan tradisional Asia, halia digunakan untuk mengubati selesema, batuk, cirit-birit dan penyakit radang serta tulang.

Puisi: Kita Orang Islam

Kita orang islam..
Sedar diri 'Islam'..
Jangan ikuti cara kafir..

Kita orang islam..
Buatlah cara islam..
Jangan malukan agama islam..

Kita orang islam
Jangan kata berlagak pada yang alim..
Menjadi alim memang tanggungjawab kita..

Kita orang islam..
Jangan hanya tau memprotes..
Kita mesti bersyukur..

Kita orang Islam..
Jangan hanya tau mengkritik..
Sedang 'apa jasa kita?'..

Kita orang islam..
Melihat yang lemah usah dihina..
Melihat yang hina usah dibiarkan..
Beri sokongan semangat..

Kita orang islam..
Ikuti suruhan Allah bukan syaitan..
Usah marah kepada yang menegur..

Kita orang islam..
jangan malas beramal..
Esok lusa belum tentu milik kita..

Kita orang islam..
Bertuah di sisi Allah..
Bersyukurlah...

Kita orang islam..
Allah sayang kita...

Kata² Dari Ahli Ilmu

Berkata Al-Auza'i r.a: "Diduga oleh pembuat peti² mayat bahawa tak ada yang lebih busuk selain dari mayat orang² yang tak beriman. Maka diwahyukan Tuhan kepadanya bahawa perut ulama su' lebih busuk dari itu".

Berkata Al-Fudhail bin 'Iyadl r.a:"Sampai kepadaku bahawa orang berilmu yang fasiq didahulukan penyiksaannya pada hari kiamat, daripada penyembah² berhala".

Berkata Abu Ad-Darda' r.a: "Siksaan neraka bagi orang yang tidak berilmu, satu kali dan bagi orang yang berilmu yang tidak mengamalkan tujuh kali".

Berkata Asy-Sya'bi:"Muncul pada hari kiamat suatu golongan dari penduduk neraka. Maka bertanya penduduk syurga:"Apakah sebabnya maka tuan² dimasukkan ke dalam neraka? Adapun kami ini, maka dimasukkan Allah ke dalam syurga ialah kerana kelebihan pengajaran dan pelajaran dari tuan². Maka penduduk neraka menjawab:"Kerana kami menyuruh dengan kebajikan dan tidak kami kerjakan, melarang dari kejahatan dan kami kerjakan".

Berkata Hatim Al-Ashamm r.a:"Tidak adalah kerugian yang paling hebat pada hari kiamat, selain dari orang yang mengajari manusia ilmu pengetahuan lalu diamalkan mereka, sedang dia sendiri tidak mengamalkannya. Maka mereka memperoleh kemenangan dengan sebabnya dan dia sendiri binasa".

Berkata Malik bin Dinar:"Bahawa orang yang berilmu apabila tidak berbuat sepanjang ilmunya, maka lenyaplah pengajarannya dari hati manusia seperti lenyapnya embun pagi dari bukit Sofa".

Hadis Tentang Orang Berilmu

Dari Al-Ahwash bin Hakim, Nabi S.a.w bersabda:"Yang binasa dari umatku ialah orang berilmu yang zalim dan orang yang beribadah yang bodoh. Kejahatan yang paling jahat ialah kejahatan orang berilmu dan kebaikan yang paling baik ialah kebaikan orang yang berilmu".
(Hadis riwayat Ad-Darimi, hadis Mursal)

Bibir Disayat Dengan Gunting

Dari Anas r.a, Nabi S.a.w bersabda:"Aku lalui pada malam isra'ku pada beberapa kaum yang disayat bibirnya dengan gunting² dari api neraka. Maka aku tanyakan:"Siapakah kamu ini?". Mereka menjawab:"Kami adalah orang yang menyuruh dengan kebaikan dan tidak kami kerjakan. Kami melarang dari kejahatan dan kami kerjakan".
(Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Ulama Akhirat

Ahli ilmu itu tahu memilih akhirat atas dunia. Di antara tanda² ulama akhirat itu, tidak bertentangan perbuatannya dengan perkataannya. Bahkan ia tidak menyuruh sesuatu sebelum dia sendiri menjadi orang pertama yang mengerjakannya.

Berfirman Allah S.w.t:"Adakah kamu menyuruh manusia dengan kebaikan dan kamu lupakan akan dirimu sendiri?"
(Surah Al-Baqarah:44)

Berfirman Allah S.w.t:"Amat besar kutuk dari Allah S.w.t bahawa kamu katakan apa yang tidak kamu kerjakan".
(Surah As-Saff:3)

Berfirman Allah S.w.t mengenai kisah Nabi Syu'aib a.s:"Aku tidak kehendaki bertentangan dengan kamu apa yang Aku larangkan kamu daripadanya".
(Surah Hud:88)

Berfirman Allah S.w.t"Berbaktilah kepada Allah dan Allah mengajarkan kamu".
(Surah Al-Baqarah:282)

Berfirman Allah S.w.t:"Berbaktilah kepada Allah dan tahulah! Dan berbaktilah kepada Allah dan dengarlah!".

Berfirman Allah S.w.t kepada Nabi Isa a.s:"Hai putera Maryam! Ajarilah dirimu sendiri! Jika engkau telah memperoleh pelajaran, maka ajarilah orang lain. Kalau tidak, maka malulah kepada-Ku!".



Pesanan Kepada Saudara

Seorang lelaki menulis saudaranya yang berbunyi:"Engkau telah diberikan ilmu, maka janganlah engkau padamkan nur ilmu itu dengan kegelapan dosa. Nanti engkau kekal dalam kegelapan, pada hari berjalan segala ahli ilmu dalam sinar ilmunya".

Malik Bin Dinar R.a

Berkata Malik Bin Dinar r.a:"Aku telah membaca dalam beberapa kitab lama bahawa Allah S.w.t berfirman:"Bahawa yang paling mudah Aku perbuat dengan orang yang berilmu apabila ia mencintai dunia ialah Aku keluarkan dari hatinya kelazatan bermunajah dengan Aku".

Hadis Orang Berilmu Tidak Beramal

Berkata Usamah bin Zaid:"Aku mendengar Rasulullah S.a.w bersabda:"Pada hari kiamat, dibawa orang yang berilmu lalu dilemparkan ke dalam neraka. Maka keluarlah perutnya. Dia mengelilingi perutnya itu seperti keledai mengelilingi gilingan gandum. Penduduk neraka mengelilinginya, seraya bertanya:"Mengapa engkau begini?" Menjawab orang yang berilmu itu:"Adalah aku menyuruh dengan kebaikan dan aku sendiri tidak mengerjakannya. Aku melarang dari kejahatan dan aku sendiri mengerjakannya".
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Dilipatgandakan azab kepada orang yang berilmu disebabkan maksiatnya kerana ia mengerjakan maksiat itu dengan ilmu.

Allah S.w.t berfirman: "Bahawa orang munafiq itu dalam tingkat yang paling bawah dari api neraka".
(Surah An-Nisa:145)

Kerana mereka ingkar sesudah berilmu. Dijadikan orang Yahudi lebih jahat dari orang Nasrani, padahal orang Yahudi tidak mengakui Allah mempunyai anak dan tidak mengatakan bahawa Allah itu yang ke tiga dari tiga, adalah disebabkan orang Yahudi itu ingkar sesudah tahu.

Firman Allah S.w.t: "Mereka mengetahuinya (kitab suci) seperti mengetahui anaknya sendiri".
(Surah Al-Baqarah:156)

Dan berfirman Allah S.w.t lagi:"Setelah datang kepada mereka apa yang mereka ketahui, mereka tidak percaya kepadanya. Sebab itu Allah S.w.t mengutuki orang² yang kafir".
(Surah Al-Baqarah:89)

Firman Allah S.w.t mengenai kisah Bal'am bin Ba'ura':"Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan keterangan² Kami kepadanya, lalu dibuangnya. Sebab itu, dia didatangi syaitan dan termasuk orang² yang sesat jalan".
(Surah Al-A'raaf:175)

Sehinggakan Allah S.w.t berfirman:"Orang yang seumpama anjing, kalau engkau halau, dihulurkannya lidahnya dan kalau engkau biarkan, dihulurkannya jua lidahnya".
(Surah Al-A'raaf:176)

Ibrahim Bin Adham

Berkata Ibrahim bin Adham r.a: "Aku melewati batu besar di Makkah yang tertulis di atasnya:"Balikkanlah aku, engkau akan dapat mengambil ibarat (suatu pemandangan)". Maka aku balikkan lalu aku lihat tertulis padanya: "Dengan yang engkau ketahui tidak engkau kerjakan, maka bagaimana engkau mencari ilmu tentang sesuatu yang belum engkau ketahui!"

Hadis Menuntut Ilmu 2

Diriwayatkan Makhul dari Abdur Rahman bin Ghanam bahawa Abdur Rahman mengatakan:"Bercerita kepadaku sepuluh orang sahabat Nabi S.a.w dengan katanya:"Kami sedang belajar ilmu di masjid Quba', tiba² masuk Rasulullah S.a.w lalu bersabda:"Pelajarilah apa yang engkau kehendaki mempelajarinya. Tetapi engkau tidak di beri pahala oleh Allah S.w.t sebelum engkau amalkan".
(Hadis riwayat 'Al qamah bin Abdul Barr dari Mu'adz)

Imam Syafi'i

Adapun Imam Asy-Syafi'i r.a, maka yang menunjukkan ia seorang 'abid adalah riwayat yang menerangkan bahawa ia membagi malam, tiga bahagian: sepertiga untuk ilmu, sepertiga untuk ibadah dan sepertiga lagi untuk tidur.

Imam Asy- Syafi'i r.a pernah berkata:"Aku tidak pernah kenyang selama 16 tahun, kerana kekenyangan itu memberatkan tubuh, mengesatkan hati, menghilangkan cerdik, menarikkan tidur dan melemahkan orang yang kenyang itu daripada beribadah".

Maka lihatlah kepada hikmahnya pada menyebutkan bahaya² kekenyangan! Kemudian mengenai kesungguhannya beribadah, kerana ia meninggalkan kekenyangan itu kerana ibadah. Dan pundak beribadah itu ialah menyedikitkan makanan.

Berkata Imam Asy-Syafi'i r.a lagi:"Tidak pernah aku bersumpah dengan nama Allah, baik dalam hal yang benar apalagi bohong".

Lihatlah betapa hormat dan tunduknya kepada Allah S.w.t dan dibuktikan oleh demikian atas pengetahuannya dengan kebesaran Allah S.w.t.!

Ditanyakan Imam Asy-Syafi'i r.a tentang sesuatu masalah, maka ia diam. Ketika ditanyakan lagi." Mengapa tuan tidak menjawab? Kiranya Allah merahmati tuan". Maka beliau menjawab: "Aku berfikir sehingga aku mengetahui mana yang baik pada diamku atau jawabku".

Lihatlah, betapa diawasinya lidahnya, sedang lidah itu adalah anggota badan yang paling berkuasa bagi ulama fiqih dan paling payah mengekang dan menundukkannya. Dan ia tidak berkata atau diam kecuali untuk memperoleh keutamaan dan pahala.

Surah Al-Ankabuut:69

Allah S.w.t berfirman: " Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.
(Surah Al-Ankabuut:69)

Hadis Menuntut Ilmu 1

Berkata Abu Hurairah r.a bahwa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa menuntut ilmu di antara ilmu pengetahuan yang menuju kerelaan Allah untuk memperoleh  harta benda duniawi, maka orang itu tidak akan mencium bau syurga pada hari kiamat".
(hadis riwayat Abu Dawud dan ibnu majah dari Abu Hurairah dengan Isnad baik.)